“Sajat, menyerahlah. Hormati undang2” – Aliff Syukri tampil beri teguran

Berikutan isu murtad Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri menegurnya untuk menghormati undang-undang dan agama Islam.

Memetik laporan Utusan Malaysia, sebagai seorang sahabat, Aliff meminta Sajat tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya jadilah seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.

“Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, kecoh di serata laman sosial apabila satu video berdurasi 1 minit 45 saat tersebar memaparkan Sajat mengumumkan dia tidak mahu lagi menganut agama Islam dek kerana tertekan dengan situasi yang menghimpit dirinya.

Namun, klip video berkenaan tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,” kata lagi.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia sudah lama tidak bertukar khabar dengan Nur Sajat dan mendoakan agar sahabatnya itu sentiasa cekal serta tabah menghadapi ujian Tuhan.

Sumber: Utusan Malaysia (Alif Fadli Mohd Sori)

 

Artikal Sebelum Itu :

“Sajat nak murtad salah siapa?” Nasihat Sajat Supaya Kembali Pada Fitrah

 

Nampaknya belum reda lagi isu Sajat yang kini diburu JAIS setelah sebuah waran tangkap telah dikeluarkan untuk urusan penangkapan pengusaha kosmetik terkenal itu.PU SyedSumber : Google  

Terbaru, Sajat dilaporkan ‘hilang’ dari kediaman setelah anggota pihak berkuasa datang ke rumah untuk penahanan Sajat, menurut beberapa laporan media tempatan

Tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pandangan, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri tampil memberi nasihat mengenai kes tersebut yang dakwanya mahu murtad daripada pegangan agama Islam.

Kata PU Syed, Sajat seharusnya tidak tampil menyalahkan mana-mana pihak tapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu.

 

Perkongsian tersebut telah dikongsikan pendakwah bebas tersebut menerusi akaun Instagram untuk tatapan pengikut media sosial miliknya.

“Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial? Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

Terdahulu, Sajat penah meluahkan hasrat untuk keluar daripada agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
SajatSumber : Google  

6 Januari lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan berikut.  Pertuduhan terhadap pengusaha kosmetik itu dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Sumber : beautifulnara

 

Artikel Sebelum Itu

[Video] Selepas Pihak Jais Dan Polis Memburu Sajat. Tiba-Tiba Sajat Buat “Live” Mengakui Keluar Dari Agama

Kuala Lumpur: Ketika masih dalam b.uruan pihak berk.uasa, video k.ontroversi Muhammad S.ajjad Kamaruzzaman atau popular disapa Nur S.ajat, sekali lagi tular di media sosial.

Tidak dapat dipastikan bila video itu dimuatnaik, namun kali ini ia memaparkan p.engakuan usahawan k.osmetik berusia 36 tahun itu seolah-oleh bern.iat menukar agama.

Disebabkan i.sunya besar dan bagi mengelakkan ters.alah petik, berikut adalah salinan penuh daripada perkataan yang dil.uahkannya dalam klip video berd.urasi k.urang dari 2 minit itu.

Kita Tak Ada Buat Apa Apa

Saya baca, tak s.alah kita buat r.esearch (k.ajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak s.alahkan kita t.eruk.

Lepas Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) keluarkan s.tatement (kenyataan) itu, saya dah m.alas nak fikir.

Saya cakap ini bukan saya nak meng.ugut ke tak. Secara s.umpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang I.slam (sambil meng.gelengkan kepalanya dalam klip video itu).

Saya keluar daripada agama I.slam. Itu lebih a.fdal. Saya tak m.ain-m.ain, saya cakap betul. Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada I.slam. Saya tak m.ain-m.ain, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada I.slam.

Mereka buat saya lebih jauh daripada I.slam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi i.ktibar…bukan.

Saya lebih t.akut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya l.ahir pun dalam I.slam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

Terdahulu, polis Selangor bersedia bekerjasama dan membantu Jais m.engesan S.ajat.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya bersedia memb.antu Jais meng.esan S.ajat yang mengh.ilangkan diri, baru-baru ini.

“Polis sentiasa bersedia untuk memb.antu Jais meng.esan S.ajat,” katanya dalam lap.oran terdahulu, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jais, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, Jais dan Polis Selangor sentiasa bekerjasama bukan sahaja dalam menguatkuasakan E.nakmen J.enayah S.yariah, sebaliknya dalam semua perkara.

“Jais akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meng.uatkuasakan segala u.ndang-u.ndang termasuk berkaitan k.es terb.abit,” katanya.

Pada 23 Februari lalu, usahawan k.osmetik itu dikenakan w.aran t.angkap oleh M.ahkamah Tinggi S.yariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula k.es berhubung mengh.ina I.slam.

Sumber memberitahu, S.ajat dipercayai bers.embunyi sebaik w.aran t.angkap dikeluarkan m.ahkamah terb.abit.

S.ajat dipercayai mel.arikan diri dan bers.embunyi di tempat lain bagi meng.elak dik.esan Jais. Menurut s.umber, peng.uat kuasa kini berusaha menj.ejaki S.ajat dan tidak men.olak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang.

Sumber : HarianMetro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*