“Minta Sajat ser@h diri pada JAIS Sebelum..” – Menteri Agama

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Sajat dinasihatkan supaya menyer@h diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas war@n tangk.ap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang…
“…dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tin.dakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dri agam@ Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lepas Sajat tidak mengaku bersal@h terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hi.na dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Sumber: Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*