Sambut ‘anniversary’ ke-10, suami hadiahkan isteri jambangan bunga & emas bernilai RM60,000

Bagi menghargai pasangan, suami atau isteri pasti terdetik untuk memberi hadiah agar mampu memberi mereka kebahagiaan. Tidak kisah jumlahnya kecil ataupun besar, ia mampu dijadikan kenangan dalam hidup.

Sama seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebooknya yang menerima sejambak ‘bunga’ dan barangan kemas sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.

Hari paling terharu & bermakna

data-href=”https://www.facebook.com/100006919810687/posts/2606624462911522/?d=n” data-width=”552″>

Perkongsian wanita bernama Nur Ellena Shazlin berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu memaparkan dia menerima kejutan daripada suami tercinta dengan memberi sejambak wang dan emas yang mencecah sehingga RM60,000.

Hari ni hari paling terharu sangat2 bg saya ya Allah. Dapat suprise sempena anniversary kami yg ke-10 dari seorang suami yang hadiahkan barang kemas dan duit paling bernilai RM60,00 buat isterinya,” luahnya.

Tambahnya lagi, sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-10 itu disambut lebih awal berbanding tarikh  sebenar iaitu pada bulan Mac.

“Dalam senyap dalam diam dia tempah dan suprise utk saya Biarpun anniversary kami pertengahan bulan Mac,tapi dia merancang lebih awal dia tak nak saya syak apa-apa daripada dia,” tulisnya.

Kelihatan jelas di dalam video tersebut, suaminya bernama Ijoe datang ke meja dengan memakai kostum Mickey Mouse ketika Ellena sedang khusyuk makan.

‘Happy Anniversary’!

Posting wanita tersebut sudah pasti mendapat perhatian warganet yang rata-rata teruja melihat kebahagian mereka sekeluarga.

Selain itu, warganet juga tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat kedua-dua mereka.

Semoga bahagia selalu

‘Sweet’nya! Moga sentiasa berjaya

Wah, sayang isteri sungguh ni ya! Jarang-jarang nak tengok suami buat kejutan macam itu. Tahniah! Semoga kekal bahagia. Amin.

Sumber: Facebook Nur Ellena Shazlin