Sarang Tabuan Jangan Di Jolok..”- Ali Puteh Naik Mahkamah Kes Saman Terhadap Nor Hidayah.

Kes saman melibatkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali difahamkan baru sahaja bermula apabila pendengaran kes telah mula didengari di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Menurut Ali, kes saman antara dirinya dan isteri kepada arwah abangnya itu telah didengar di hadapan hakim menerusi prosedur secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Tambahnya lagi, pendengaran kes sepatutnya bermula pada September tahun lalu namun tertunda beberapa kali disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut turut dikongsi oleh Ali Puteh menerusi akaun Instagram untuk tatapan pengikut media sosialnya.

 

“Alhamdulillah, kes pun dah bermula di mahkamah. Saman menyaman pun dah mula dibahas. Mantap! Pepatah ada mengatakan sarang tebuan jangan dijolok. Hint sikit sajalah pada netizen semua yang banyak memaki hamun saya.”

Dalam perkongsiannya itu, Ali meluahkan rasa lega apabila proses undang-undang dapat dimulakan segera dan berharap keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan,32, telah mengeluarkan sama terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Tindakan tersebut merupakan susulan daripada tindakan kakak iparnya itu yang terlebih dahulu mengeluarkan saman terhadapnya dengan tuntutan harta terkumpul yang mencecah hampir RM900,000.

SUMBER : mStar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*