“Saya Hamil, Tapi Tak Ada Rezeki…” – Syatilla Melvin Reda, Keguguran Kali Ketiga

Pelakon Syatilla Melvin menerima ketentuan Ilahi apabila mengalami keguguran di saat usia kandungannya mencecah lapan minggu.

Menurut Syatilla, dia reda selepas mendengar berita tersebut

“Saya sebenarnya baru dapat tahu hamil anak ketiga. Namun semalam saya buat pemeriksaan tetapi tiada rezeki.

“Sebab janin di dalam kandungan ini tidak berkembang, terbantut dan perkembangannya tidak sempurna.

“Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk mendengar degupan jantung, tengok ukuran. Namun sudah ketentuan Ilahi, tiada rezeki.

“Janin masih ada di dalam perut, buat masa sekarang saya berharap janin dapat digugurkan secara semulajadi. Sekiranya tidak, saya terpaksa melalui proses mencuci rahim,” ujarnya.

Syatilla berkata demikian sewaktu majlis pelancaran Nasi Daging Telentang, LB Creuset x Syatilla Melvin yang berlangsung di Hotel Eastin, Petaling Jaya pada Rabu.

Sebelum ini Syatilla pernah mengalami keguguran sebelum melahirkan anak sulungnya, Syeriv Samheizy, 4.

Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla juga pernah mengalami keguguran kedua sebelum melahirkan puterinya, Sarima Samheizy yang kini berusia tiga tahun.

Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016.

 

Artikel Sebelumnya:

Sarima Samheizy Nama Anak Kedua Syatilla Melvin & Shaheizy Sam.

Pelakon Syatilla Melvin telah mendedahkan nama anak keduanya yang baru dilahirkan pada 17 April lalu.

Seperti yang diumumkan menerusi entri di akaun Instagramnya, nama bayi tersebut adalah Sarima Samheizy.

Menurut Syatilla, anak pertamanya, Syeriv Samheizy tidak merungut apabila katilnya diberikan kepada adik perempuannya itu.

“Nasib baik penyewa lama dengan rela hati mengundur diri tanpa tunjuk perasaan.

“Welcome home my girl Sarima Samheizy Binti Shaheizy Sam, good luck kat bakal laki hang nanti anak,” tulisnya sebagai kapsyen.

Syatilla dan Sam mengumumkan kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada 17 April lalu.

Mereka berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki sebelum ini, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.

Sumber :https://gempak.com/berita-terkini/sarima-samheizy-nama-anak-kedua-syatilla-melvin-shaheizy-sam-17706

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*