“Saya Telah Diceraikan, Terima Kasih Kerana…” – Luahan Wanita Hamil Kembar 3 Buat Ramai Tak Puas Hati!

Luahan seorang wanita mengenai kehidupannya yang telah diceraikan viral di media sosial sejak semalam.

 

Luahan itu dibuat menerusi dua kertas nota yang kemudiannya dimuat naik oleh seorang individu di Twitter.

 

Menurut individu tersebut, wanita itu pada awalnya datang ke restoran sebelum memesan sepotong kek.

Namun, pada masa sama wanita itu turut menghulur sekeping nota yang meminta ia dituliskan di atas kek tersebut

 

Menerusi penulisan wanita berkenaan, dia dikatakan telah diceraikan ketika sarat mengandung anak pertama.

 

Namun, apa yang lebih menyahat hati, anak dalam kandungannya merupakan kembar tiga.

“Selamat berjuang, tiga dalam rahim ibu. Kita kuat dengan Allah.

“Terima kasih izinkan saya makan dan penuhi permintaan saya untuk penulisan di kek ini, saya recover a lot.

 

“Saya telah diceraikan, now ada tiga kembar dalam kandungan.

 

“Saya baru keluar hospital dan seronok dapat makanan makanan yang awak layan.

 

“Doakan saya dan anak bakal diahirkan dalam jagaan Allah sampai bila-bila,” tulisnya.

 

Coretan tersebut sekali gus meruntun jiwa kebanyakan netizen yang membacanya.

 

Malah, ramai juga yang marah dengan tindakan bekas suami wanita itu.

 

Rata-rata mereka menyifatkan perkahwinan bukan perkara yang boleh diambil mudah.

 

Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 20,000 kali.

 

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/saya-telah-diceraikan-terima-kasih-kerana-luahan-wanita-hamil-kembar-3-buat-ramai-tak-puas-hati-48784.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*