Selapas Nabila diijabkabul, ini Kata2 Sharnaaz buat netizen sebak.

Perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran pada pagi Jumaat 19 Mac 2021 ini sememangnya amat dinanti oleh warganet setelah beberapa minggu khabar angin mengenai hubungan mereka dihidu oleh pihak media.

Umum sedia tahu bahawa Noor Nabila merupakan bekas isteri kepada pelakon terkenal iaitu Sharnaaz Ahmad dan mereka juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang sudah berusia 2 tahun.

Beri ucapan buat Nabila & Engku Emran
Walaupun telah berpisah hampir setahun, Sharnaaz dan Nabila masih berhubungan baik demi anak kesayangan mereka itu.

Dalam perkongsian terbaru Sharnaaz di Instagram, dia sempat mengucapkan selamat pengantin baru buat Nabila dan Engku Emran diatas perkahwinan pasangan tersebut.

Pelakon itu juga turut menitipkan pesan supaya menjaga Jebat sebaiknya di akhir kapsyen Instagram berkenaan yang disertakan dengan poster produk dari perniagaannya iaitu @mamulegacy.

Netizen pulak yang sebak
Ucapan ringkas dan pesanan pendek itu telah membuatkan ramai netizen meninggalkan komen diruangan media sosialnya kerana berasa tersentuh dengan sikap terbuka Sharnaaz.

Untuk makluman, Sharnaaz Ahmad dan Nabila pernah berkahwin pada 2017 sebelum sah bercerai pada pertengahan tahun lalu.

Manakala Engku Emran pernah bernikah dengan pelakon, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak bernama Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014.

Setelah itu, Engku Emran sempat mendirikan rumah tangga dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Chynthia Bella pada 2018 dan hanya bertahan 2 tahun sahaja.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*