Selepas Mira Filzah Giliran Wany ” Mendedahkan Calon Suami Pada Majlis Pernikahan”

Pernah melalui pengalaman pahit perpisahan kedua ibu bapanya ketika berusia 12 tahun, bagaimanapun penyanyi Wany Hasrita sesekali menutup pintu hati untuk menerima cinta dari insan bernama lelaki.

Belajar dari pengalaman lalu dan teman artis melalui kontroversi percintaan menjadi iktibar untuknya tidak terlalu terbuka berbicara soal hati. Malah, dia mahu mengikut jejak Mira Filzah hanya mendedahkan bakal suami di majlis pernikahan.

“Jadi, saya pilih untuk simpan dahulu rahsia hati. Bagi saya, tidak salah mengikut jejak langkah pelakon, Mira Filzah yang hanya mendedahkan calon suami pada majlis pernikahan,” katanya kepada BH Online.

Usianya kini sudah mencecah 29 tahun, Wany berkata dia sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun ada cita-cita yang perlu dicapainya.

“Jujurnya, perancangan mahu mendirikan rumah tangga sudah ada, tetapi saya mahu melunaskan impian yang belum tercapai sebelum berkahwin. Sebelum ini, saya bercita-cita mahu menghadiahkan ibu sebuah rumah.

“Alhamdulillah, impian ini sudah tertunai, tahun lalu. Kini, saya memiliki impian baharu iaitu membelikan sebuah rumah lagu untuk ayah pula,” katanya.

Ujarnya, meskipun sudah 17 tahun ibu bapanya berpisah namun hubungan dengan bapanya tidak pernah putus, malah lebih rapat serta dia tidak pernah menyimpan dendam.

SUMBER : ROTIKAYA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*