Sepanjang hubungan saya dengan A kami telah banyak kali terl@njvr dan saya pernah mengandungkan anaknya beberapa kali

Assalamualaikum warga KRT.
Mohon admin hide profile saya, terima kasih dan tujuan saya ingin meluahkan dan bercerita diruangan ini adalah mengenai saya bukan bekas suami saya dan semoga saya tidak dikecam dan mungkin saya perlukan nasihat dan pendapat anda semua.

Saya seorang ibu tunggal mempunyai 2 orang anak dan bekerja di jabatan kerajaan. Saya telah mula curang dengan bekas suami ketika kami masih berumahtangga tetapi sudah 4 tahun berantakan dan tidur berasingan. Masa ini hanya bersabar sebab anak-anak. Pada bulan Julai tahun 2017, saya telah berkenalan dengan seseorang juga bekerja dijabatan kerajaan dan dia memegang jawatan sebagai Pegawai.

Dia sudah berkahwin dan saya namakan dia sebagai A serta mempunyai 2 orang anak. Isterinya bekerja sebagai unit badan beruniform di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Kami mula berhubungan sehinggalah saya bercerai dua bulan selepas berkenalan dengannya. Penceraian kami bukan sebab orang ketiga tetapi kerana masalah yang telah lama berlaku.

Selepas bercerai, saya terus berhubung dengan A sehingga ke hari ini. Sepanjang hubungan saya dengan A kami telah banyak kali terlanjur dan saya pernah mengandungkan anaknya beberapa kali dan saya didesak untuk menggugurkan kandungan tersebut. Walaupun saya pernah mengandungkan dan menggugurkan anaknya.

Saya dan A terus berhubungan seperti biasa. Hubungan kami berjalan seperti biasa malah kami pernah bercuti bersama-sama sama seperti pasangan lain. Walaupun hidup A dikongkong oleh isterinya tetapi apabila ada masa, A tetap boleh meluangkan masa untuk saya samaada berjumpa atau whatsapp. Jika waktu hari cuti, A tidak akan pernah menghubungi saya cuma pada waktu bekerja sahaja.

Kini, hubungan kami hampir 4 tahun dan A masih tidak menghalalkan saya walaupun saya bersetuju untuk menjadi isteri keduanya. A memberi alasan kerana tidak mahu kehilangan anak kerana terlalu sayangkan anak-anaknya. Masalah kewangan A juga menjadi salah satu puncanya. Saya tidak pernah mendesak A untuk menceraikan isterinya tetapi saya mahu A bertanggungjawab ke atas diri saya selama ini.

Saya tahu, isteri mana yang sanggup berkongsi suami tetapi saya tetap mahu A bertanggungjawab terhadap saya. Baru-baru ini, A mengatakan mahu berubah dan tidak mahu membuat kesilapan yang lepas. Tetapi A tetap mahu meneruskan hubungan dengan saya cuma tidak akan menyentuh saya. Saya tidak pasti apa niatnya yang sebenar.

Saya hanya rasa A sengaja berbuat demikian kerana untuk meningglkan saya. Kononnya untuk berubah tetapi tanggungjawab kepada saya? Saya juga rasa A serba salah atau takut untuk mengaku benar untuk meningglkan saya kerana saya sendiri mengugutnya, kalau dia meninggalkan saya, saya sendiri akan berjumpa dengan isterinya berserta bukti-bukti hubungan kami selama ini.

Selepas kejadian itu, hubungan saya dan A seperti biasa dan sekarang saya tertanya-tanya, adakah dia benar-benar ingin menghalalkan saya atau sekadar menjaga hati saya. Saya gembira A ingin berubah tetapi bukan dengan meningglkan saya serta hidup seperti biasa dengan isterinya dengan harapan kisah saya dan dia lenyap macam itu saja. Saya hanya mahu A halalkan saya. Itu saja. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*