Uncategorized

“shopping” telekung kekasih hati guna akaun isteri

Seorang penjual kongsi kisah sedih seorang wanita yang kecewa apabila mendapat tahu suaminya membeli telekung solat untuk kekasih hati Lebih menyedihkan apabila suaminya kantoi menggunakan akaun bank miliknya selepas dia menerima mesej daripada pihak bank memaklumkan transaksi berjaya dibuat. Sudahlah curang, guna duit isteri pula itu. Geram betul!

Kisah jam 3 pagi semalam. Iman share untuk pengajaran bersama. Iman share ini dengan izin tuan badan. Puan ini mohon doakan untuk dia. Kebetulan semalam telefon HQ Iman pegang sebab ada urusan kerja. Tiba-tiba pukul 3 pagi dapat mesej dari puan ini. Mula-mula tak nak layan sebab Iman memang dan penat sangat.

Tapi dia duduk call call biasa dan call whatsapp pula jadi Iman terpaksa reply. Kesian pulak kat dia, call whatsapp memang Iman tak jawab sebab nanti Iman pekak sorang-sorang dengar tak dengar.

Penjual ini menerima mesej pada jam 3 pagi daripada seorang wanita yang meminta tolong untuk memeriksa resit pembayaran yang dibuat oleh suaminya.

Resit ini staff Iman hantar kat whatsapp suami dia, jadi dari resit ini lah puan ini dapat telefon nombor HQ ((bahasa kasaq dia.. laki tak guna tu pakai duit bini beli telekung untukk skandal oink oinkk) isshhhh menyirap kita yang dengar tu. Kalau Iman.. mati dah dua dua ekor ni haha.

Bayangkan suaminya menggunakan akaun miliknya untuk membeli telekung solat namun terkantoi apabila dia menerima mesej dari pihak bank memaklumkan transaksi telah berjaya dilakukan.

Penjual ini kemudian memeriksa segala maklumat yang diberikan oleh wanita ini memandangkan transaksi ini daripada akaun wanita tersebut dan dia berhak tahu maklumat. Menurut penjual ini, sepatutnya maklumat tidak boleh didedahkan kepada pelanggan namun kes ini berbeza kerana transaksi bayaran daripada akaun wanita ini.

Lepas dah bagi details, Iman sangat terkejut bila puan ni cakap suami dia beli untuk kawan baik dia yang dia anggap BFF sampai mati. Sedihnya tak terungkapp, jntung Iman laju semalam punya marah dan turut rasa sedih. Tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana. Kenapa wujud suami bod** macam ini ya? Kenapaaa..??? Allah.. kesiann sangat kat Puan ni.

Perkongsian itu sangat mengejutkan penjual terbabit dan hanya mampu menyuruh wanita tersebut sabar dan ingat Allah Maha Adil. Tambahan pula, penjual tersebut tidak mahu perbualan itu dipanjangkan bimbang akan timbul perkara lain.

Puan ni jumpa macam-macam bukti suaminya bercinta dengan BFF dia sendiri. Banyak resit resit bukti lain jumpa dalam beg suami dia. Tak tahu iman nak rasa macam mana. Hancur berkecaiii kecaii hati ni. Kenapa lah PERAMPAS RUMAH TANGGA ORANG? Pakai telekunggg kami ni, ishhh tak redha betul.. sumpah tak redhaaaaa.

Dalam pada itu, penjual ini turut sama menangis mengenangkan nasib wanita itu dan memohon maaf bagi pihaknya kerana tidak dapat menyekat penghantaran tersebut kerana bungkusan tersebut dalam proses penghantaran.

Sumber : oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *