Lepas keluar dari HotFM, terbaru Shuib umum keluar dari Sepahtu. Rupanya ini yang terjadi

Selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada Hot FM, terbaru pelawak dan penyampai radio, Shuib memaklumkan mahu berehat seketika daripada dunia seni termasuk penglibatannya dalam kumpulan Sepahtu.

Menafikan keputusann itu dibuat susulan kontroversinya sebelum, Shuib berkata dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaannya yang semakin berkembang maju.

“Saya memang dah buat keputusan untuk berehat seketika daripada industri hiburan termasuk komitmen dengan kumpulan Sepahtu sekali.

“Keputusan yang saya buat bukan disebabkan kontroversi yang melibatkan diri saya sepanjang tahun lalu,” katanya kepada mStar Online.

Bakal bersiaran buat kali terakhir di Hot FM pada Jumaat ini, Shuib berkata agar sukar untuk meninggalkan kerja sebagai penyampai namun terpaksa membuat keputusan tersebut.

“Sukat sebenarnya untuk saya lepaskan kerja di sini tapi ia agak susah untuk saya fokus pada bisnes pula. Sebab kerja penyampai segmen pagi, seawal 4 pagi dah bangun dan kadang-kala sampai petang masih berada di stesen radio.

“Bila saya buat pengumuman nak berhenti, baru saya tahu ramai juga yang suka dengar coloteh saya di Hot FM,” katanya.

“Dia pernah beritahu nak berhenti kerja meski gajinya banyak” Sarah buka cerita, Shuib dedah rahsia

Pelawak dan penyampai radio, Shuib menyifatkan kejayaannya dalam bidang perniagaannya kini bukan hanya terletak kepada dirinya seorang.

Sebaliknya, dia menghargai setiap individu yang memberinya kekuatan untuk terus mengembangkan bisnes, meski ia bukanlah suatu hal yang mudah.

Bapa kepada tiga cahaya mata ini juga tidak menafikan, keberjayaan seseorang lelaki itu kerana mempunyai wanita yang sentiasa menyokong dari belakang.

“Kalau orang kata pandai berniaga, bagi saya itu yang orang nampak. Akan tetapi, di balik persepsi tersebut, sebenarnya ramai yang tidak tahu, saya pernah gagal.

“Bukan sekali tapi mungkin beratus-ratus kali. Cuma saya tidak pernah putus asa. Isteri ada sokong dari belakang. Saling mendukung.

“Dia percaya saya, sokong dan tidak pernah jemu beri semangat. Syukur, saya juga dikelilingi oleh insan-insan hebat, termasuk anak-anak yang menjadi punca rezeki.

“Allah bantu, alhamdulillah,” kata Shuib sambil diakui isteri, penyanyi Sarah Raissuddin.

Sarah turut mendedahkan pernah satu ketika, Shuib menyatakan hasrat untuk berhenti kerja meski pada ketika itu nilai gajinya cukup tinggi.

“Dia pernah beritahu saya nak berhenti kerja biarpun gajinya banyak waktu itu. Sebagai isteri, saya merasakan dia masih lagi punya banyak tanggungan.

“Pasti akan tergugat. Macam mana nak sara famili kalau tiada kerja nanti? Jadi sudah tentulah saya merasakan adakah perlu untuk dia berhenti kerja kerana masih ada ‘demand’?

“Namun, dia beritahu saya, kalau pun dia berhenti kerja sekalipun, tak kan mahu risikokan dia punya pendapatan?

“Sebolehnya, dia mahu lebih daripada pendapatannya ketika itu. Saya kuatkan semangat, sokong apa sahaja perancangannya,” akui Sarah.

Sementara itu, Shuib juga tidak menafikan kejayaannya kini turut ‘dikutip’ hasil pengalaman lalu yang mendewasakan.

“Saya juga belajar dari pengalaman. Kalau orang cakap saya pandai bisnes, saya sebenarnya tidak pandai. Akan tetapi seperti yang saya beritahu, Allah hantarkan saya orang-orang yang bijak pandai pada saya.

“Dia bantu saya. Itu yang saya nampak. Terima kasih atas rezekiNya,” akhiri Shuib.

Sedikit informasi tentang Shuib

1. Pemilik nama penuh Shahmira bin Muhamad. Dikenali sebagai Shuib Sepahtu.

2. Kelahiran Parit Buntar, Perak pada 12 September 1984.

3. Berusia 35 tahun.

4. Pelawak, pelakon, pengacara dan juruhebah radio yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

5. Bakatnya dikesan menerusi program realiti Raja Lawak musim ketiga yang menobatkannya sebagai juara.

6. Pernah menganggotai kumpulan Sepah sebelum kemudiannya beralih sebagai ahli ‘Sepahtu’ apabila kumpulan lawak itu akhirnya berpecah.

7. Antara drama dibintanginya seperti Bujang Sepah Lalalitampom, Tok Ketua, Biar Betul Bendul, Sepahtu: Angan Tak Sudah, Jin & Sudin dan Mail & Sudin Sambut Ramadan.

8. Juga telefilem Bujang Sepah Silalitampom, Lemang Si Bujang Sepah, Ibu Mee Segera, Burger Layan Diri, Bila Shuib Speaking London, Muaddib Super, Ayah Den Lopeh, Awaklah Imam Saya, Bujang Sepahtu Kepok Bonda, Sepahtu Kisah Tauladan, Sepahtu Mercun Raya, Sepahtu Cinta Plastik dan Matilahnak.

9. Penampilannya di layar lebar menerusi filem Man Sewel Datang KL, Oh Mak Kau, Mael Lambong, Sepah The Movie, Amir dan Loqman Pergi ke Laut, Usin UFO, Rock Bro dan Abang Long Fadil 2.

10. Kini mengendalikan rancangan radio ‘Geng Pagi Hot’ di stesen Hot FM.

11. Pernah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak 2011 dan 2013, bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega 2014, tempat ketiga Super Spontan 2014 dan tempat keempat Juara Parodi 2015.

12. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Hasil perkongsian hidup, sehingga kini mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

 

Sumber: rotikaya | MH | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*