Semasa

Isteri Shuk HotFM muatnaik satu ‘screenshot’, jiran ‘sk4ndal’ nampak sesuatu pada malam Rossa datang cari suami

PERGOLAKAN rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat apabila isterinya Rossalennah membuat dakwaan suaminya curang.

Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.

“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.

“Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni… aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!” tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

JIRAN NAMPAK SHUK TURUN IKUT BALKONI

Isteri Shuk Hot FM telah memuat naik 1 tangkap perbualan antara dia dan seorang individu.

Individu tersebut bertanyakan kepada Rossalennah pada jam berapa dia pulang selepas datang ke rumah wanita yang dikatakan ada hubungan dengan Shuk.

Menurut perbualan itu, dikatakan jiran nampak Shuk HotFM turun dari balkoni pada pukul 3 pagi dan Rossa memberitahu pada waktu itu juga dia datang.

Jiran itu memberitahu sebab kenapa Shuk turun balkoni adalah kerana powerbank terjatuh. Tidak dapat disahihkan samada perkara ini benar benar berlaku atau pun tidak tetapi ini yang telah di screenshot oleh Rossa, isteri Shuk Hot FM

‘FARAH’ JAWAB BALIK APA YANG JADI ..

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu. Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

 

Sumber: ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *