Hiburan

Berat baby A Sudah hampir 2 kg – Siti Nurhaliza

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil enam bulan anak keduanya mendedahkan, bayi dalam kandungannya kini menghampiri berat dua kilogram (kg).

Perkara tersebut dikongsi Siti menerusi status yang dimuat naik menerusi Insta Story akaun Instagramnya semalam selepas melakukan pemeriksaan kandungan di sebuah pusat perubatan.


“Alhamdulillah, baby A sihat dan nak masuk dua kg. Chubby baby. Ibu kena kuat nak bawa lagi dua bulan,” tulis Siti.
Awal Disember lalu, Siti, 42, mengumumkan beliau sedang hamil empat bulan selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Siti yang kini hamil anak lelaki berjanji akan mendedahkan nama anak keduanya dengan pangkal huruf A itu selepas tujuh hari kelahiran sama seperti yang dilakukan kepada Siti Aafiyah, 3.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006. Pasangan itu dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah juga hasil proses IVF selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga selepas pernah keguguran pada November 2015. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *