‘Stop DM Laki Aku Ye..’ Zarina Anjoulie Akui Sudah Rujuk Dengan Bekas Suami

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Eilyas Azhar telah pun bercerai. Dia mengakui keputusan untuk berpisah merupakan jalan yang terbaik kerana dia mahu fokus kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

Terbaru, Zarina Anjoulie menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik beberapa foto dirinya bersama jambangan bunga seperti sedang dilamun ‘cinta’.

 

Terima jambangan bunga

Dalam perkongsian tersebut, Zarina Anjoulietelah menerima jambangan bunga daripada seseorang yang dipercayai adalah bekas suaminya, Eilyas Azhar. Malah, nota yang ditinggalkan dalam kad tersebut juga sangat romantis. Bukan itu sahaja, pelakon ini telah menulis kapysen seakan memberi bayangan dia kini sedang berbahagia.

Sementara itu, dalam satu posting lain, Zarina mengakui sudah rujuk kembali bersama bekas suaminya. Malah, dia sempat meminta para wanita di luar sana supaya tidak mengganggu suaminya dan berhenti menghantar pesanan mesej kepada Eilyas di Instagram. Walaupun begitu, posting tersebut telah dipadam oleh Zarina.

‘Aku dah rujuk’

Sweet!

Video Player

00:17


00:43

 

 

 

Sumber: Zarina Anjoulie

Ohbulan

Artikel Sebelum itu :

Dapat jambangan bunga, netizen doa Zarina Anjoulie rujuk dengan bekas suami

Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju, ada memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, kelihatan Anju menerima satu jambangan bunga daripada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya.

“Thank you my… Z❤Y,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu mencuri perhatian netizen yang rata-rata turut gembira dengan hadiah diterima olehnya.

Netizen teka bekas suami beri

Dalam pada itu, ramai membuat spekulasi bahawa pemberian tersebut adalah daripada bekas suaminya, Eliyas Azhar gara-gara kapsyen abjad ‘Y’ yang ditulisnya.

Selain itu, mereka turut mendoakan agar pelakon berusia 34 tahun itu kembali ‘rujuk’ bersama bekas suami kerana mereka dikatakan serasi bersama.

Semoga Anju rujuk balik

Harap-harap ‘Y’ tu Yas

Suka tengok Anju dan Yas

Terdahulu, Anju dan Eliyas mendirikan rumah tangga pada 17 Julai, tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebelum mengesahkan penceraian mereka.

Sebelum itu, pelakon filem ‘Ular’ itu pernah berumah tangga dengan jejaka dari Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan pada 2015, bagaimanapun bercerai pada Disember 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Martin Ezra Mikael.

Suami: Instagram Zarina Anjoulie

Ohmymedia

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*