Suami Sebak Dapat Surprise Isteri Hamil, Pernah Disihir Period Tak Teratur

Suami Sebak Dapat Surprise Isteri Hamil, Pernah Disihir Period Tak Teratur | Tak dinafikan sesetengah wanita berdepan dilema jika mengalami masalah kitaran haid tak sempurna. Sama ada period tak datang pada waktu sepatutnya ataupun selalu overflow, boleh jadi tak keruan fikirkan segala macam ‘masalah dalaman’ yang mungkin melanda. Paling dirisaukan adalah jika tak mampu berikan zuriat kepada suami serta cucu buat ibu bapa.

Period tak normal sampai dah kahwin…pernah non stop sampai 3 bulan

Itulah yang berlaku kepada usahawan dan Instafamous Aishah Hijanah sepanjang hidupnya walaupun telah mendirikan rumah tangga. Sejak kecil lagi, dia telah menghidap angin pasang atau hernia yang agak serius hingga melalui operation. Wanita berusia 22 tahun itu kemudiannya mengalami masalah kitaran haid yang tak terkawal apabila selalu overflow hinggalah berkahwin. Walaupun keluarganya telah ikhtiar segala bentuk rawatan, tapi belum berjaya dipulihkan

Pernah sangka haid terlampau…rupanya ada ‘benda’ bersarang dalam rahim

Tak cukup dengan itu, Aishah mendedahkan dirinya pernah terkena sihir hingga menyebabkan ada sesuatu ‘bersarang’ di rahimnya. Selain pernah didatangi mimpi yang pelik dan menakutkan, hubungannya bersama suami turut semakin renggang penangan buatan orang tersebut.

Mujur rezeki hamil anak tiba jua…suami sebak & speechless habis (minit 1:18)

Namun perancangan Allah itu sangat hebat, dia akhirnya telah disahkan hamil sejak 4 bulan yang lalu. Perkara itu didedahkan menerusi sebuah video kejutan kepada suaminya Alif sewaktu mereka berada dalam kereta. Pemuda berkenaan lantas memeluk isterinya di samping speechless dan menangis gembira sebaik dimaklumkan bakal menjadi seorang ayah.

Sumber: YouTube & IG aisyahhijanah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*