Tahniah! “Cinta Tercipta” Syamel dan Ernie Zakri selamat bernikah

Dengan sekali lafaz, pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35, Ernie Zakri sah bergelar isteri kepada penyanyi, Syamel.

Majlis pernikahan mereka dilakukan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan amat mementingkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

 

Sumber: Ernie Zakri, Syamel official

Via ohmymedia

 

Artikel Sebelum Itu

Video siap letak “26 Mac 2021”, Ernie Zakri & Syamel nikah esok?

 

Penyanyi Ernie Zakri memuat naik sebuah video teaser seakan-akan ‘pre-wedding’ di laman Instagram, memberi bayangan majlis perkahwinan bersama tunangnya yang juga penyanyi, Syamel akan berlangsung dalam masa terdekat.

Malah turut dipaparkan tarikh ’26 Mac 2021′ di penghujung video tersebut, sekali gus menguatkan dakwaan seperti dilaporkan media sebelum ini yang mendengar khabar angin bahawa pasangan itu akan disatukan esok.