Tahniah ,Yusri sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim menerusi posting terbaru di IG berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga. Dia mengambil keputusan untuk mengumumkan perkara itu kepada umum kerana tidak mahu berahsia lagi apabila isterinya, Lisa Surihani yang kini dalam fasa kehamilan.

Bukan sesuatu yang senang untuk dilalui

 

Sebelum ini, Yusry memuat naik foto bersama Lisa sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 pada Selasa lalu. Netizen juga perasan seakan terlihat ‘baby bump’ pada foto pasangan ini.

Tambah pengarah itu lagi, dia tiada niat untuk merahsiakan perkara tersebut dari diketahui umum kerana beranggapan berita kehamilan yang ketiga ini akan diketahui juga tanpa perlu pengumuman.

Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gambr sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pada hari ini, ada reporter minta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.

Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat. Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka, moga doa mereka dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Ternampak ‘baby bump’

 

Yusry berkata dia memahami ramai pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga berusaha mendapatkan cahaya mata dan berharap agar Allah juga memakbulkan doa mereka semua.

Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah SWT melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.

Dikesempatan itu, peminat turut mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Sumber: Yusry Abdul Halim

ohbulan

 

Ucapan Diruang Komen

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*