TAHNIAH,Nad Zainal Selamat Timang Cahaya Mata Kedua..Comelnye..

Sekian lama menanti, akhirnya pelakon Nad Zainal telah pun selamat menimang cahaya mata kedua kelmarin.

Daripada entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, pelakon wanita itu, dapat dilihat suaminya, Muhammad Faliq Amirudin anak sulung, Fahad Ibrahim memegang kemas bayi yang baru lahir tersebut.

Meskipun memilih untuk tidak mendedahkan wajah mahupun nama anak keduanya namun Nad berjanji akan berkongsi jantina bayinya tersebut genap 7 hari kemudian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri wanita itu dengan ucapan tahniah dan mendoakan kesajahteraan dirinya dan juga bayi keduanya.

nad zainal timang cahaya mata kedua

Tahniah buat Nad dan suami!

 

Sumber : beautifulnara

Artikel Sebelum Itu

Sarat Mengandung, Nad Zainal Masih Gagah Buat Kerja Rumah Walaupun Perut Hampir ‘Meletup’

Biasanya kalau untuk ibu yang mengandung ni, pada saat akhir mereka bakal melahirkan, mesti doktor akan nasihatkan untuk mereka banyakkan berjalan bagi memudahkan proses bersalin.

Tetapi pelakon Nad Zainal nampaknya memilih untuk melakukannya dua dalam satu iaitu berjalan sambil membersihkan rumah!

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu ada kongsikan video pendek menunjukkan beliau sedang gagah untuk vakum ruang tamu rumahnya

Lebih menarik lagi apabila Nad telah ‘memaksa’ pengikutnya di laman Instagram untuk meninggalkan tanda suka pada video berkenaan kerana beliau telah bersusah payah untuk mengemas rumah.

Dalam masa yang sama, ramai turut berasa teruja untuk kongsikan pengalaman mereka ketika sedang sarat mengandung dan menyifatkan sikap rajin mengemas itu merupakan tanda-tanda bakal bersalin tidak lama lagi.

Difahamkan Nad kini sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata keduanya yang mana kali ini beliau turut akan bersalin di hospital yang sama seperti kelahiran pertama sebelum ini.

Semoga urusan Nad akan dipermudahkan, tak sabar nak tengok new baby!

Sumber foto dan video: Instagram Nad Zainal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*