Uncategorized

‘Tak kena dengan umur’ – Kata Netizen..Gara-Gara Review Produk Dewasa

Sebut sahaja nama Aaisyah Dhia Rana, pasti semua sudah kenal anak kepada pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Teletahnya dan gelagat comel Aaisyah di Instagram sering menjadi tumpuan netizen.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila Rozita Che Wan telah mendapat kecaman daripada netizen gara-gara akaun Instagram anaknya, Aaisyah memuatnaik review produk membesarkan payudara.

Promosi produk besarkan payu dara

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di Instagram Aaisyah Dhia Rana memaparkan seorang wanita berpakaian seksi sedang mempromosikan satu produk membesarkan payudara. Malah, di ruangan kapsyen juga ada tertulis mengenai kebaikan produk tersebut. Perkongsian itu sekaligus telah menimbulkan rasa kurang sedang dalam kalangan netizen.

Malah mereka juga tertanya-tanya mengapa Instagram Aaisyah digunakan untuk mempromosikan barangan orang dewasa sehingga boleh memberikan imej yang buruk kepada anak kecil itu. Mereka menasihati Rozita Che Wan supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan produk ‘paid review’.

Malah, tidak kurang juga ada yang menganggap produk yang dipromosikan itu tidak sesuai dengan usia Aaisyah yang masih kecil. Meskipun begitu, sehingga kini tiada sebarang respon daripada Che Ta berhubung perkongsian tersebut.

‘Tak kena dengan umur’

Sumber: Aaisyah Dhia Rana

Via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *