‘Tak Wajar Jadi Berita Utama, Sekadar Drama Raih Publisiti’

Baru-baru ini viral apabila pengasas kosmetik Muhammad Sajjat atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa membuat pengakuan seolah-olah berniat untuk bertukar agama selepas dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa.

Perkongsian tersebut undang kemarahan orang ramai yang rata-ratanya mengkritik tindakan pengasas kosmetik itu. Kisah itu turut mendapat perhatian seorang penulis buku dikenali ramai iaitu doktor Syahr Musafir yang merasakan perbuatan Sajat itu hanyalah drama.

 

Bukan kes pertama di Malaysia

Isu ini sudah bertahun-tahun, tetapi menjadi trigger kali ini dengan drama tangisan ketika penangkapan kemudian dilepaskan, sekarang hilang dari radar setelah buat video nak ‘meninggalkan Islam…’. Kes ini bukan kes pelik pun, sebab kes pondan, tran$gender dan seumpamanya bukan kes baru.

Menjadi buah mulut orang disebabkan si dia adalah ‘public figure’ yang ramai pengikut di media sosial, dikatakan bergelar usahawan yang jutawan, bla bla bla, bergelar selebriti. Itu sahaja. Sedangkan pond@n, tran$gender dan seumpamanya adalah ramai di luar sana yang menjalani kehidupan sebagaimana si dia.

Menurut Dr Syahr Musafir ini, isu kekeliruan jantina ini bukanlah baru di Malaysia namun menjadi bualan sejak pengusaha kosmetik tersebut terlebih menonjol di sosial media.

Tak pelik pun. Bahkan ada yang menggunakan ‘kembali ke pangkal jalan’ juga sebagai solusi, supaya orang berhenti berusaha merubah mereka. Orang yang biasa turun ke lapangan, terutamanya NGOs dan jabatan tertentu, sudah terbiasa dengan semua ini.

Malah golongan ini akan mengugut murtad berkali-kali walaupun sudah dinasihati kerana ini merupakan jalan terakhir untuk mereka tidak menerima kecaman ataupun nasihat.

Sekadar drama atau untuk bisnes

Jadi point saya, rungutan atau ugutan si dia melalui video itu bukan lambang kegagalan pihak institusi agama atau masyarakat. Ramai pihak tetap buat kerja, berusaha dan merubah, hari demi hari, dan video itu hanyalah salah satu kes sahaja. Bukan satu-satunya kes. Tak wajar kita pukul rata kes itu adalah simbol kegagalan institusi.

Adapun kita menggesa pihak berwajib seperti Menteri Agama dan jabatan-jabatan di bawahnya untuk bertindak. Kedua, tt is just another drama by si dia. Atau mungkin publisiti untuk bisnes dan marketing. Saya tak rasa wajar untuk dijadikan berita muka depan setiap portal berita. Oh, please. No need lah.

Tambah beliau lagi, perkara ini seperti publisiti yang sengaja dicipta mungkin untuk bisnesnya ataupun meraih perhatian. Isu seperti ini tidak perlu ditekankan secara berlebihan.

Kita semua perlu selalu ingat, tahu, sedar dan faham bahawa Allah mempunyai sifat ar-Rahman (Maha Pemurah) dan ar-Rahim (Maha Pengasih). Dengan dua sifat ini, Allah memberikan nikmat terhadap orang bukan Islam (kafir) dan orang Islam. Allah tak zalim, tak kejam, dan tak memburukkan.

Maka, orang yang menghadapi krisis identiti sebagaimana disebutkan bukanlah tak disayangi oleh Islam. Jika benar si dia menghadapi tindakan kasar oleh pihak tertentu, itu adalah sikap orang itu. Bukan sikap Islam terhadap dia atau golongan sepertinya. ‘Islam tak suka saya’ itu salah.

Akhir sekali, beliau ini menasihati agar golongan ini tidak keluar dari agama kerana itu bukanlah penyelesaian dan sepatutnya mereka semua sedar mendalami Islam adalah perkara yang benar. Malah, tiada satu agama pun yang membenarkan seseorang manusia itu menukar jantinanya.

Kita sama-sama doakan, moga si dia dilembutkan hati, diberikan petunjuk oleh Allah SWT dan kembali ke pangkal jalan, walau dengan apa cara sekalipun. Aameen.

Sumber : Doktor Syahr Musafir  

via Ohbulan

 

Artikel Sebelum Itu :

KKMM sedia bantu kesan, Mufti nasihatkan Muhammad Sajjad jangan terlalu menurut perasaan ‘bebal’ sehingga sanggup murtad

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengesan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sekiranya diperlukan, demikian kata Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Kita sedia membantu untuk mengesan dia kerana dia mempermain dan mempersenda agama. Buat masa ini, biarlahh pihak berkuasa agama dan polis cari dahulu dan jika ada apa-apa keperluan, kementerian ini akan sedia membantu,” katanya.

Jelas Zahidi, ia perlu kerana sikap yang ditonjolkan oleh lelaki itu yang mempersendakan agama, menyindir pihak berkuasa secara berterusan menimbulkan kemarahan orang ramai.

“KKMM bersedia untuk bekerjasama. Kita akan bantu kesan di mana dia berada. Saya kira polis juga ada kemampuan untuk lakukan ini (kesan). Tapi sekiranya perlu, kita akan membantu,” katanya.

Sementara itu, Mutfi Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menasihatkan lelaki itu untuk segera bertaubat kerana tiada manusia yang terlepas dari melakukan dosa kecuali para Rasul.

“Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah asal kejadian manusia yang mengkehendaki lelaki dan wanita mengikuti kelakuan, perwatakan termasuk berpakaian yang sesuai dan selaras dengan kejadian masing-masing.

“Sebarang penyimpangan daripada fitrah asal kejadian ini akan menyukarkan diri sendiri dan tidak akan membahagiakan pelakunya.

“Kembalilah kepada fitrah dirinya sebenar sebagai seorang lelaki bukan wanita atau khunsa dan bertaubatlah kepada Allah SWT sementara kesempatan masih ada, demi kesejahteraan hidup anda sendiri,” katanya.

Wan Salim juga menasihatkan agar tidak menurut perasaan ‘bebal’ sehingga sanggup murtad daripada agama Islam yang suci.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian Via thereporer

 

ARTIKEL SEBELUM ITU :

“Sajat nak murtad salah siapa?” Nasihat Sajat Supaya Kembali Pada Fitrah

Nampaknya belum reda lagi isu Sajat yang kini diburu JAIS setelah sebuah waran tangkap telah dikeluarkan untuk urusan penangkapan pengusaha kosmetik terkenal itu.PU SyedSumber : Google  

Terbaru, Sajat dilaporkan ‘hilang’ dari kediaman setelah anggota pihak berkuasa datang ke rumah untuk penahanan Sajat, menurut beberapa laporan media tempatan

Tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pandangan, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri tampil memberi nasihat mengenai kes tersebut yang dakwanya mahu murtad daripada pegangan agama Islam.

Kata PU Syed, Sajat seharusnya tidak tampil menyalahkan mana-mana pihak tapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu.

 

Perkongsian tersebut telah dikongsikan pendakwah bebas tersebut menerusi akaun Instagram untuk tatapan pengikut media sosial miliknya.

“Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial? Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

Terdahulu, Sajat penah meluahkan hasrat untuk keluar daripada agama Islam selepas dia didakwa atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
SajatSumber : Google