TERKINI: Rentas Daerah Dibenarkan Di Semua Negeri Kecuali Sabah Bermula 5 Mac Ini. Tiada Lagi PKP Bagi Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah bermula 5 Mac ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebentar tadi.

”Sidang Khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali negeri Sabah, manakala pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Bagi negeri Sabah sebenarnya, kerajaan negeri Sabah memohon agar sekatan daerah di Sabah dikekalkan lagi untuk tempoh dua minggu, kita paham Sabah merupakan negeri yang amat besar, satu daerah kebanyakan lebih besar dari bebrapa ngeri di Semenanjung,” katanya.

 

Artikel Seterusnya :

4 Negeri PKP Termasuk Selangor Ditukar Kepada Status PKPB Bermula 5 Mac

Kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di empat negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bermula 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, keputusan tersebut dibuat di atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan kes menunjukkan penurunan dan kadar kebolehjangkitan menurun selain kes kluster dan kes komuniti menurun.

Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal dilaksanakan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac.

Manakala, negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan bertukar status kepada PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 4 Mac dengan Perlis satu-satunya negeri yang ditukar statusnya kepada PKP Pemulihan (PKPP).

Sumber : Bernama \ siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*