Terpaksa Kuarantin Pulang Dari Afrika, Ebit Lew Sedih Rindukan Keluarga -“Ayah Selalu Sorokkan Tangisan Tapi…”

Dermawan terkenal, Ebit Lew terpaksa menjalani kuarantian selama tujuh hari selepas pulang dari Afrika Selatan, kemarin.

Ebit memberitahu beliau menangis kerana tidak dapat menanggung rindu untuk berjumpa isteri dan anak-anaknya selepas duo minggu menjalani bantuan kemanusian.

“Tadi baru lepas video call bidadari dan anak-anak. Tak boleh nak cakap. Rindu semua. Laju jantung. Mata bergenang. Rindu sangat. Menangis jer.

“Anak kata, ayah rindunya pada ayah. Ingat dapat jumpa. Ayah diwajibkan kuarantin 7 hari di bilik hotel. Tak boleh keluar mana-mana. Rindu sangat. Video dengan anak sebelum pergi hari tu.

“Soya sangat rindu. Bagi seorang suami tiadalah ubat lebih besar bagi segala keletihan melebihi pelukan seorang bidadari. Memegang tangannya. Dapat dukung dan terbangkan anak-anak. Anak-anak nikmat Allah yang sangat besar.

“Esoklah ayah sambung call yer. Tak tahan nak menangis. Ayah selalu sorokkan tangisan. Tapi siapa tahu saat seorang diri menangis sekuat-kuatnya. Tangisan itu ubat,” katanya.

Pendakwah bebas itu berkongsi luahan rasanya di akaun Instagram mililknya.
Menerusi entri yang sama beliau memuat naik rakaman video ketika melakukan panggilan video bersama isteri dan anak-anaknya di sebuah hotel tempat dikuarantin.

Pun begitu, Ebit akur kerana itulah pengorbanan yang dilakukan untuk membantu golongan yang benar-benar susah dan tidak dapat kasih sayang ibu bapa.

“Teringat ramai di luar sana tidak merasai kasih sayang ibubapa. Kasih sayang keluarga. Semoga Allah terus temukan saya dengan mereka yang susah dan benar-benar memerlukan diluar sana. Belajar berjuang dan berkorban sedikit.

 

“Wahai bidadariku dan anak-anakku. Semuanya pasti ada ganjaran disana nanti. I love you sayang bidadariku. I love u anakku.

“]ika ada pahala untuk semua ini, saya hadiahkan pahalanya buat ibubapa yang amat saya cintai sayangi,” katanya lagi.

 

Sumber : Gempak

 

Artikel Sebelum itu :

Ebit Lew lebarkan misi bantuan kemanusiaan ke Afrika

SHAH ALAM – Tanpa sempadan, pendakwah bebas terkenal, Ebit Lew terus menyantuni golongan memerlukan dan menyalurkan bantuan sehingga ke Afrika dalam misi bantuan kemanusiaan dan kasih sayang.

Beliau berkongsi pengalaman itu di Facebook miliknya pada Rabu yang memaparkan penderitaan dan kedaifan penduduk Afrika.
Katanya, melahirkan rasa hiba tatkala melihat sendiri kehidupan penduduk negara termiskin itu yang dikatakan tiada bekalan elektrik, air, malah saiz rumah hanya sebesar tandas.
“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak.
“Rumah sebesar saiz tandas sahaja, tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar, sampai sahaja mereka semua sudah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari,” tulisnya ringkas.

Ebit Lew menyalurkan sumbangan ke negara termiskin dunia. – Foto Facebook Ebit Lew
Ebit Lew turut menggambarkan kegembiraan penduduk berkenaan apabila menerima bantuan dan tidak lekang mulut mereka mengucap terima kasih Malaysia.

“Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tidak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut… Malaysia, Malaysia,” tulisnya.
Perkongsian yang meruntun jiwa itu pastinya menarik perhatian netizen yang memuji sikap dan keperibadian Ebit Lew.
“Ya ALLAH sayu hati bila lihat ustaz Ebit Lew rakyat Malaysia yang sudi membantu tidak kira siapa… Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki,” tulis Mazlan Mohd diruang komen.
Kata Sham Napoh, “Dahsyat, sampai orang Afrika pun kenal dia… Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusannya disana” manakala Hannan Sweets menyifatkan Ebit Lew adalah contoh terbaik memperkenalkan Islam di mata dunia.

Sumber : Sinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*