Semasa

Syukur! Tengku Zafrul umum berita baik tentang Bantuan Prihatin Nasional Fasa Dua

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan tarikh pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) dalam masa terdekat, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengumumkan dalam masa terdekat ini permoh0nan baharu dan rayuan yang diluluskan yang dijangka disalurkan mulai bulan ini juga.

Menurutnya, proses semakan permoh0nan baharu dan ra.yuan BPN 2.0 masih dijalankan.

“Penunaian fasa pertama BPN 2.0 melalui BSN bagi mereka yang gagal kredit juga masih sedang diteruskan,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana ke-35, laporan pertama bagi 2021 pada Rabu.

Mengenai Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, Tengku Zafrul berkata, proses semakan permohonan baharu dan rayuan sedang melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Mengenai fasa pertama Program Subsidi Upah (PSU 1.0) yang mana permohonan ditutup pada 30 September 2020, beliau berkata, sehingga 25 Disember 2020, permohonan subsidi upah yang diluluskan mencapai nilai RM 12.682 bili0n berbanding RM 12.608 bili0n pada minggu sebelumnya.

Bagi PSU 2.0, yang bermula pada 1 Oktober 2020, beliau berkata, setakat 25 Disember 2020, sejumlah RM 418.67 jvta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja berbanding RM 239.73 jbta bagi 51,022 majikan dan 420,193 pekerja pada minggu.

Mengenai peruntukan RM2 bilion di bawah Penjana PKS (perusahaan kecil dan sederhana) beliau berkata, pembiayaan bernilai RM 1.12 bili0n melibatkan 5,764 permohonan telah diluluskan setakat 25 Disember 2020.

Bagi peruntukan RM 1 bili0n di bawah Pembiayaan Sektor Pelancongan Penjana khusus bagi PKS dan PKS mikro dalam sektor ini yang masih terkesan dengan Covid-19, beliau berkata, setakat 25 Disember, terdapat 550 permohonan bagi pembiayaan ini dan daripada jumlah ini sebanyak 261 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 52.8 jvta berbanding 245 permohonan dengan nilai RM 49.9 jvta pada 11 Disember 2020.

Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS) juga khas untuk PKS Mikro.

“Sehingga 25 Disember 2020, sebanyak RM 99.4 jvta telah disalurkan di bawah TBRS dan memanfaatkan 14,893 PKS Mikro,” katanya.

Mengenai Pembiayaan Mikro Kredit Penjana di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) Tengku Zafrul berkata, setakat 25 Disember 2020, RM 282.8 jvta telah disalurkan bagi memanfaatkan 8,158 PKS Mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Bagi peruntukan RM 200 jvta Bumiputera Relief Financing (BRF), yang diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), beliau berkata, setakat 25 Disember 2020, dana ini telah disalurkan kepada 322 PKS melibatkan jumlah RM 82.8 jvta berbanding 270 PKS dengan jumlah RM 68.2 jvta pada 11 Disember 2020.

Dari segi sokongan pembiayaan RM 400 jvta bagi Industri Pertanian dan Makanan kepada golongan petani, peladang dan nelayan, beliau berkata, RM 350 jvta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank.

“Sehingga 25 Disember 2020, sebanyak RM 64.7 jvta telah disalurkan di bawah skim ini bagi memanfaatkan 6,325 PKS Mikro pertanian berbanding RM 60.9 jvta untuk 6,094 PKS Mikro pertanian pada 11 Disember 2020,” katanya.

Mengenai pengecualian 100 peratus duti eksport kepada sektor komoditi yang juga merangkumi industri berasaskan minyak sawit, bagi merangsang pertumbuhan sektor komoditi dan nilai eksport negara, setakat 25 Disember 2020, nilai pengecualian duti eksport yang berjaya dimanfaatkan oleh industri komoditi negara ialah sebanyak RM 426.9 jvta berbanding RM 373 jvta pada 11 Disember 2020.

Bagi pelepasan cukai jualan bagi kenderaan penumpang, beliau berkata, setakat 25 Disember 2020, nilai pelepasan cukai jualan yang telah dimanfaatkan adalah berjumlah RM 197.57 jvta berbanding RM 192.7 jvta pada minggu sebelumnya.

Mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) antara tempoh 1 Julai sehingga 25 Disember 2020, sebanyak 191,737 tuntutan diterima dengan nilai RM 19.57 jvta berbanding 186,312 tuntutan dengan jumlah RM 18.35 jvta pada minggu sebelumnya.

Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, setakat 25 Disember 2020, seramai 128,778 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini berbanding 122,126 pekerja pada minggu sebelumnya.

Di bawah Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, beliau berkata, setakat 25 Disember 2020, seramai 130,385 individu telah diluluskan untuk mengambil bahagian dalam program yang disediakan berbanding 129,667 individu pada minggu sebelumnya.

Mengenai subsidi pengangkutan awam MY30, Tengku Zafrul berkata, setakat 25 Disember 2020, sebanyak RM 127.74 jvta telah disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had bernilai RM 30 ini, yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia berbanding RM 0123.8 jvta bagi 728,225 pas bulanan pada 11 Disember 2020.

Kredit: SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *