Hiburan

Kec0h vide0 Sajat tgn berg4ri, akhirnya Sajat tampil terangkan keadaan sebenar

Usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Nur Sajat menafikan dirinya ditah4n Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah seksyen 10 (B) kerana berpakaian wanita dan menghinaa agama Islam seperti yang tular di media sosial.

Sajat menerusi IG Live di akaun Instagram @Nursajatgold02 turut mendakwa dikhian4t individu lain, ketika pengikut di bertanya mengenai berita pen4ngkapannya.

INI JAWAPAN SAJAT

“Tak baik cakap macam tu. Elok je saya dekat sini ha, kalau kena tangkap dah lama dah saya dekat dalam sayang oi.

“Nampak tak yang bercakap ni apa? Hantu? Takkan yang bercakap ni hantu kot…Sajat la ni,” jawabnya tenang.

Ketika diminta pengikut untuk menceritakan kejadian tangan digari baru-baru ini Sajat menjawab soalan tersebut dengan baik.

“Nanti sajat akan keluarkan gelang gari pula” kata Sajat

“Panjang cerita…Orang cuba nak khian4t kita,” katanya ringkas.

Ditanya mengenai akaun Instagramnya @nursajat23 dan kekasih @jados, yang dikatakan tiba-tiba hilang dari ‘radar’ Sajat berkata, mereka kini berehat seketika daripada media sosial.

“Berehat sekejap daripada dunia-dunia media sosial. Kita fokus dalam bisnes sahaja. Masih guna akaun tu tapi kita ‘install’ kasi canggih sebab dah tahun 2021 kan,” jawabnya.

Pada Rabu lalu, tular di media sosial sepotong video usahawan kosmetik popular tersebut yang sedang menangis sambil menunjukkan tangan bergari.

Sesi siaran langsung itu kemudiannya dirakamkan semula menerusi tangkapan skrin video dan dimuatnaik di akaun TikTok seorang pengguna.

Dalam video yang dirakamkan oleh pemilik akaun TikTok @rudyaj01 Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dilihat berbaju biru dan bercermin mata sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang individu di sisinya.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUR SAJAT GOLD (@nursajatgold02)

Serentak dengan itu timbul pelbagai spekulasi termasuk yang mendakwa Nur Sajat ditangkap oleh JAIS untuk membantu siasatan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 (B), enakmen jenayah Syariah (Selangor) 1995.

 

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *