“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami”

Takziah buat pelawak Achey Bocey di atas pemergiaan bapa tercinta, Hamzah Salam yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Segamat, Johor tengah malam tadi.

Berkongsikan berita duka itu di Instagram sebentar tadi, Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.

“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami… Innalillahiwainnailaihirojiun….” tulisnya.

Semalam, Achey memaklumkan Allahyarham bapanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.

“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.

“Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat,” ujarnya.

Achey berkata kesihatan bapanya berusia 80 tahun itu mula merosot selepas mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda.

“Saya dimaklumkan abah menerima bantuan pernafasan… keadaan kesihatan abah memang kurang baik selepas kemalangan kira-kira lima tahun lalu, semenjak itu dia tak boleh berjalan dan terpaksa guna kerusi roda,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Achey yang kini sedang menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim kedua mengakui trauma kerana pernah menerima berita sedih kehilangan bapa mentua semasa menyertai program sama tahun lalu

Allahyarham berdepan masalah kesihatan selepas mengalami cedera para akibat kemalangan jalan raya pada Oktober 2016.

 

sumber rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*