Uncategorized

[Komen]Tiba- Tiba Ramai Nak Jadi Misi Jugak – Gara- Gara Remy Ishak Buat Swap Test

Melihat daripada kes positif harian pandemik ketika ini, ramai yang mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan ujian saringan bagi memastikan tubuh badan bebas daripada sebarang penularan virus.

Jadi, para artis dan juga selebriti Tanah Air juga turut mengambil peluang untuk melakukan swab test di klinik-klinik swasta berikutan masih perlu bekerja dan bertemu dengan orang lain.

Lakukan swab test pandu lalu
Menerusi perkongsian aktor terkenal negara, Remy Ishak, dia juga telah melakukan ujian saringan di klinik dan sempat merakam momen tersebut dan di muat naik ke Instagram.

 

Tiba2 ramai nak jadi misi jugak

Semasa mahu menjalani swab test, pelakon kacak itu sempat berseloroh dengan petugas kesihatan sehingga membuatkan netizen di ruangan komen tak keruan.

Masing-masing meninggalkan komen ‘nakal’ dengan mengatakan tidak dapat membayangkan keadaan mereka andai berada di tempat petugas kesihatan tersebut apabila perlu berdepan dengan aktor tersebut.

Menyempat ea sakat misi

 

Kalau aku yang swab dia cakap macam tu, pengsan!

Nurse profesional, tetap buat kerja

 

Kalau aku Remy nak pandang lama2 pun takpe

 

Kalau I, pitam terus

Walau bagaimanapun, petugas kesihatan yang menjalankan tugas tetap melaksanakan kerjanya dengan profesional. Mereka meneruskan ujian saringan dengan cepat dan fokus menyampaikan maklumat kepada pelakon itu.

Remy Ishak juga mengucapkan terima kasih kepada semua staf yang terlibat dan memuji layanan mereka yang berbudi bahasa dalam melakukan rawatan.

Sumber: Remy Ishak

 

Via ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *