Uncategorized

Tidak Mahu Disihir Seperti Aeril Zafrel, Syatilla & Sam Ikhtiar Cari Ustaz ‘Pasang’ Pendinding

Pelakon Syatilla Melvin bercadang untuk ‘memasang’ pendinding bagi melindungi perniagaan dan keluarganya daripada sebarang anasir jahat.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia bergelumang dalam dunia perniagaan yang sememangnya terkenal dengan cubaan mahu menjatuhkan.

“Ilmu hitam ni adalah permainan biasa dalam dunia bisnes. Circle Tilla sendiri banyak dah yang cubaan buat ilmu hitam macam ni.

“Tilla memang ada perancangan untuk cari ustaz supaya kita sediakan pendinding sebab kita tak tahu kadang musuh yang paling jahat, paling tak boleh tengok kita senang adalah orang yang paling dekat dengan kita.

“Insyallah kami akan cari untuk ikhtiar bina pedinding supaya benda-benda kotor ni tak masuk,” kata Syatilla semasa sidang media virtual sambutan ulang tahun perkahwinan yang kelima pada Isnin.

Pasangan Syatilla dan Sam menjawab ketika ditanya isu ilmu hitam seperti yang didedahkan oleh aktor Aeril Zafrel bahawa keluarganya telah disihir pada minggu lalu.

Tambah Sam, dia sendiri mengamal konsep berserah dan meminta perlindungan daripada Allah SWT.

“Bagi Sam, sebagai orang Islam kita kena percaya pada benda-benda ghaib dan kita percaya juga benda-benda ni memang ada terjadi dari zaman datuk nenek kita dulu.

“Tapi Sam mengamalkan konsep berserah je daripada zaman Sam menang Bintang Paling Popular, Sam tak kacau orang Sam tak cuba aniaya orang, Sam harap Allah dapat melindungi,” jelas Sam lagi.

Pada Isnin, pasangan bahagia ini meraikan ulang tahun perkahwinan kelima serta sambutan hari jadi Syatilla yang ke-30 secara virtual bersama media serta peminat.
Imbas kembali, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *