Tindakan Pihak Polis Diberi Pujian, Tidak Mengeluarkan Saman Tapi Sebaliknya Menasihat Perniaga “trafik light”

OPS KHAS PENJAJA JALANAN

Kota Tinggi, 8 Feb 2021 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Kota Tinggi diketuai oleh Insp. Hafizi (Insp. Penguatkuasa) bersama (4) anggota telah menjalankan Ops Khas Penjaja Jalanan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Kota Tinggi.

Tujuan utama operasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalanraya dan memberi nasihat terhadap penjaja jalanan khasnya, yang seringkali dilihat menjalankan aktiviti jual beli buah-buahan terutamanya di persimpangan lampu isyarat di sekitar kawasan Bandar Kota Tinggi

Hasil operasi pihak BSPTD Kota Tinggi berjaya mengesan beberapa individu yang terbabit dalam aktiviti berkenaan dah telah mengambil tindakan nasihat serta amaran keras untuk bersurai dari lokasi. Individu terbabit juga dinasihatkan agar menjalankan perniagaan di lokasi yang lebih selamat bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di jalanraya.

Perbuatan berniaga di jalan terutamanya di persimpangan lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas. Tindakan boleh diambil terhadap penjual di bawah kesalahan Rule 10A (1) LN 166/59 dan juga terhadap pembeli dibawah kesalahan Rule 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM 2000.00.

Sumbar : Polis Daerah Kota Tinggi

Warganet puji tindakkan yang di ambil oleh pihak polis yang tidak terus saman tapi sebaliknya memberi nasihat kepada penjual itu. Syabas

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*