Tun Mahathir Individu Tertua Terima Vaksin Covid-19

Terdahulu, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara individu terawal yang terima vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Perdana Menteri sebelum ini turut menyarankan rakya Malaysia untuk terima suntikan vaksin demi kesejahteraan sejagat.

Terbaru, bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir baru saja terima suntikan dos pertama vaksin.

 

Terima doks pertama vaksin

Memetik status melalui laman Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, memaklumkan bekas Perdana Menteri itu adalah individu paling tua yang berusia 96 tahun dan selamat menerima suntikan vaksin. Status berkenaan bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai termasuk Khairy Jamaluddin.

Galakkan ramai sertai program ini

Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter memuat naik status dengan memaklumkan Tun Dr Mahathir merupakan individu paling tua yang menerima suntikan tersebut.

KJ turut mengalakkan ramai lagi individu-individu yang beruisa (senior citizen) untuk mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 peringkat Kebangsaan ini. Hal ini adalah bagi memberi contoh kepada golongan anak muda dan masyarakat mengenai kepentingan terima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu.

Sumber: Khairy Jamaluddin

via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*