Uqasha rancang adakan 3 Majlis resepsi,antaranya 1 Majlis istimewa khas untuk…

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini.

 

Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.

Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

 

Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi… satu…

Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi… satu majlis khas untuk peminat

Pasangan sama cantik sama padan ini mula menjalinkan hubungan rapat sejak dua tahun lalu.

PASANGAN pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini.

 

Masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli 35, dan Uqasha, bagaimanapun hanya mendedahkan majlis pernikahan mereka bakal diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli buat kejutan! Lamar Uqasha Senrose di pentas AME 2020

 

Menurut pasangan ini lagi, sehingga kini kira-kira 80 peratus persiapan sudah selesai menjelang majlis itu kelak.

 

 

Kamal melamar Uqasha secara langsung dalam AME2020.

 

“Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.

 

“Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media dan bagi acara ketiga, kami akan undang peminat untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.

 

“Setakat ini, Alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua,” kata Uqasha kepada mStar.

 

Uqasha dan Kamal ditemui selepas selesai bersiaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Kamal pula berkata dia teruja menantikan hari bahagia mereka dan dalam masa yang sama masih mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab bergelar seorang suami.

 

“Saya teruja dan dalam masa yang sama saya kena belajar (tanggungjawab seorang suami). Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat.

 

“Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.

 

“Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri,” katanya.

Kamal melamar Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2020) yang berlangsung pada Disember tahun lalu.

 

Kisah percintaan Kamal dan Uqasha mula menjadi perhatian semenjak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad pada tahun 2019.

 

Sebelum ini, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang secara tidak sengaja memecahkan rahsia bahawa pasangan ini mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang ketika sedang menjalani penggambaran drama berkenaan.

Sumber :https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/03/31/kamal-adli-dan-uqasha-senrose-kahwin-selepas-aidilfitri-rancang-tiga-kali-resepsi-satu-majlis-khas-untuk-peminat?fbclid=IwAR17cvyTi7B8wfRi1osrap4jceTmMPns2RulgeMCE6eoVAqu5QUx2RrjRvY

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*