“Uqasha Senrose Pilih Kain Menjelang Hari Bahagia,Bau Nasi Minyak Dah Dekat,”

Pereka fesyen, Shanell Harun ada berkongsi satu video pendek yang merakamkan dirinya bersama pelakon, Uqasha Senrose di sebuah gedung kain terkemuka.

Menerusi video yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 20,000 kali itu, Uqasha dan Shanell dilihat seperti membincangkan sesuatu.

Malah, pereka fesyen tersebut turut dilihat sedang memegang kain polos putih.

“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” tulisnya sebagai kapsyen sambil disertai dengan emoji berbentuk hati.

Meski tidak dapat dipastikan mengenai sebab pertemuan tersebut, namun rata-rata peminat di ruangan komen memberikan reaksi positif seterusnya mengharapkan yang terbaik buat Uqasha.

“Semoga dipermudahkan segala urusan, baju nikah ke baju bridesmates ni?,” tanya seorang pengguna Instagram.

“Bau nasi minyak dah dekat,” tulis seorang lagi pengguna lain.

Sebelum ini, bintang drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu menjadi wajah koleksi pengantin pereka feysen tersebut bagi tahun ini.

Sementara pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021 lalu, Uqasha turut dilamar kekasihnya, Kamal Adli secara langsung, sekali gus mengesahkan wujudnya hubungan istimewa di antara mereka.

Foto: Instagram Shanell Harun, Uqasha Senrose / mediahiburan

 

Sebelum itu

 

Hubungan cinta antara pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli bukanlah satu rahsia lagi apabila dilamar secara terang-terangan oleh jejaka aktor tersebut sewaktu Anugerah MeleTOP Era tahun lalu.

Baru-baru ini, Uqasha berkongsi beberapa keping gambar dirinya mengenakan persalinan pengantin berwarna putih lengkap dengan barangan kemas bernilai lebih RM4 juta di laman sosial Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji kecantikan aktres berusia 29 tahun itu. Malah, ada juga meneka bahawa koleksi gambar dikongsi itu adalah gambar ‘pre-wedding’ mereka berdua.

Perkara itu sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan peminat, adakah mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini?

Lawa sangat

Tak sabar nak tengok kahwin nanti

Gambar ‘pre-wedding’ ke tu?

Memetik laporan Harian Metro, menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, dia dipilih menjadi ‘muse’ bagi menggayakan koleksi pengantin rekaan salah seorang pereka fesyen terkenal.

“Saya berasa teruja dan terharu menjadi individu pertama yang menyarungkan koleksi mewah daripada Shanell Harun.
“Sejujurnya, saya selesa dengan potongan semua koleksi dan setiap perincian yang digunakan, bersesuaian dengan jiwa saya,” katanya.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu turut menjelaskan dia akan memilih persalinan yang selesa dan serba sempurna pada hari bahagianya nanti.

Baginya, dia percaya setiap bakal pengantin pasti mahukan busana yang terbaik di hari bahagia kelak.

Jadi, terjawablah sudah segala persoalan peminat. Rupa-rupanya, posting tersebut hanyalah sebagai ‘marketing’ semata-mata. Apa pun, jom doakan agar urusan bakal mempelai itu dipermudahkan nanti. Amin!

Sumber: Instagram Uqasha Senrose, Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*