Semasa

[Video] Kec0h! usahawan kosmetik terkenal hamil 7 bulan terj4tuh dari atas kuda

Sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial mengenai rakaman sebuah video yang memperlihatkan usahawan kosmetik Nor Azila Haji Mohamad Azmi terjatuh daripada seekor kuda.

Sebenarnya Tergelincir

Difahamkan, ketika itu Azila yang merupakan pengasas jenama Secret Correa sedang menunggang kuda di sebuah lapangan namun secara tiba-tiba tergelincir. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa risau dan tidak kurang segelintir pihak cuba mengecamnya memandangkan Azila sendiri sedang sarat hamil 7 bulan.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi semalam apabila video saya jatuh dari kuda,tergelincir sebenarnya tiba-tiba tular di media sosial. Di twitter sepertimana  dimaklumkan”

“Bertubi-tubi panggilan telefon dari keluarga dan kawan-kawan yang risau keadaan saya. Saya faham, mungkin sebab saya tengah sarat mengandung 7 bulan lebih sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya” katanya

Kandungan Stabil

Bagaimanapun, Azila menerusi sebuah kenyataan memaklumkan dirinya serta kandungan berada dalam keadaan stabil. Dalam masa yang sama, usahawan ini akui pertama kali menerima kec.man yang hebat daripada warganet.

“Alhamdulillah saya okay sahaja tak ada yang serius setakat ini. Syukur kepada Allah SWT. Masa dapat tahu video saya viral, sempatlah tengok perbualan dekat twitter. Pertama kali kena kec.am memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal sendiri tanggunglah, cari peny.akit dan macam-macam lagilah. Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat.Mental fizikal orang bisnes kena kuat!” tambah Azila lagi

Berpengalaman Sebagai Penunggang Kuda

Menjelaskan lebih lanjut, Azila mendedahkan dia sememangnya seorang penunggang kuda dan menjelaskan kuda miliknya itu digelarkan sebagai White Rose.

Ketika itu, dia ingin menunggang White Rose buat kali terakhir sebelum bersalin kerana menurut Azila menunggang kuda sebenarnya bagus bagi membantu postur ibu yang hamil. Bagaimanapun, tegas Azila aktiviti ini hanya sesuai buat mereka yang berpengalaman dan hanya sekadar melakukan rutin berjalan (ride)

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi just kena berhati-hati.Macam dalam video itu sebenarnya saya override saja tapi berlaku sedikit kesilapan teknikal hingga tergelincir. Setakat pusing-pusing joy ride tak apa, melainkan dalam arena memanglah tak sesuai dalam keadaan sarat macam ini”

“Sebenarnya saya adalah penunggang kuda dan White Rose adalah kuda saya sendiri.Saya dah lama tak jumpa dia. Rose ibarat anak saya.Saya rindu dekat Rose sebab berbulan jugalah tak jenguk dia. Saja nak melawat dia sebelum bersalin. Tuan kuda dengan kuda kena ada bonding. Sekali sekala kena datang tanya khabar”

“Ride (sekadar berjalan bukan lari) masa mengandung ini sebenarnya bagus,(tak digalakkan untuk newbie)sebab bantu betulkan posture badan ibu hamil. Memudahkan proses bersalin juga!”

“Kuda hanya akan suka org yang tenang. Lagipun tunggang kuda amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan”

“Apapun terima kasih kepada yang menegur, mengecam dan yang mengambil berat terhadap seorang ibu hamil ini”

“Doakan saya selamat bersalin ya” kongsi Azila

Sebagai info, Secret Correa dikenali ramai menerusi produk losyen kurus sejuk yang diiktiraf sebagai terlaris di Malaysia.

 

Sumber: murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *