(Vide0) Takda hati perut! Sayu apabila Pakcik ni dilarang masuk ‘mall’ sebab takut susahkan orang lain

Baru-baru ini, kisah seorang warga emas yang dilarang daripada memasuki sebuah pusat membeli-belah telah menjadi tular di aplikasi TikTok dan mendapat perhatian ramai netizen.

 

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Fida Rosly, pakcik tua tersebut tinggal sendirian dan dia sanggup menaiki bas seorang diri untuk ke sana demi ingin menjamah makanan di restoran kegemarannya.

 

Tidak sampai hati melihat keadaan warga emas itu, Fida berbincang dengan pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan itu. Namun, lebih mengejutkan apabila alasan diberikan agak tidak munasabah.

 

Pak guard tak bagi masuk sebab takut ‘jatuh’, susahkan orang

Menurutnya, warga emas berkenaan dilarang masuk hanya kerana tiada yang memantau dan dikhuatiri menyebabkan kesukaran jika berlaku sebarang perkara tidak diingini terhadap dirinya.

Setelah dibenarkan masuk ke dalam ‘mall’, Fida menemani pakcik itu menaiki lif dan pada masa yang sama, dia sempat menghulurkan sedikit wang belanja buat lelaki itu.

Macam pelik je alasan pengawal keselamatan tu

Meninjau ke ruangan komen, majoriti netizen meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui alasan yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan di ‘mall’ terbabit.

Selain itu, mereka memuji kebaikan Fida kerana sudi menolong dan mendoakan agar warga emas itu berada dalam keadaan selamat sentiasa.

 

Sumber: TikTok @fidarosly.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*