[video] Rakan sib0k buat persiapan kahwin Neelofa, PU Riz?

Neelofa masih mengunci mulut berkongsi mengenai majlis akad nikah dan resepsinya yang dipercayai bakal berlangsung pada hari sama di sebuah hotel terkemuka, hujung minggu ini.

KUALA LUMPUR: Seolah-olah bermain tarik tali, selebriti popular, Neelofa, 32, masih mengunci rapat mulutnya untuk mendedahkan maklumat mengenai majlis perkahwinannya dengan Haris Ismail atau PU Riz, 26, dipercayai bakal berlangsung di sebuah hotel terkemuka, hujung minggu ini.

Biarpun majlis perkahwinan pasangan kontroversi ini sudah semakin heboh, apatah lagi, bekas pengacara MeleTOP itu memuat naik status dalam laman Instagram (IG) memohon peminat mendoakan agar urusannya dipermudahkan, semalam, namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Neelofa tidak menyatakan tujuan doa dipohon, namun, rata-ratanya dapat mengagak ia mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Majlis akad nikah dan resepsi dipercayai bakal berlangsung pada hari yang sama di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Lebih menguatkan spekulasi apabila Neelofa menjadikan koleksi foto dirinya sebagai latar belakang entri berkenaan.

 

Neelofa menjadikan koleksi foto sedang mencuba pakaian pengantin berona putih sebagai latar belakang entri meminta peminat mendoakan urusannya dipermudahkan yang dimuat naik dalam Instagram. - Foto IG Neelofa
Neelofa menjadikan koleksi foto sedang mencuba pakaian pengantin berona putih sebagai latar belakang entri meminta peminat mendoakan urusannya dipermudahkan yang dimuat naik dalam Instagram. – Foto IG Neelofa

 

Foto berkenaan kelihatan seperti Neelofa sedang mencuba pakaian pengantin berona putih. Neelofa dipercayai menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal yang juga rakan kerjasama dalam menjayakan koleksi Naelofar sempena Aidilfitri ini iaitu Alia Bastamam.

Menerusi tinjauan BH dalam laman IG rakan rakan baiknya. Salah seorang rakannya, Shameela Seddek memuat naik beberapa gambar dan video dalam IG Story memaparkannya dengan beberapa teman sedang bersiap dengan berpakaian rona merah.

Foto itu dipercayai diambil dalam bilik Neelofa. Namun, tiada kelibat Neelofa muncul dalam entri berkenaan. Kelihatan juga mereka sedang sibuk membuat persiapan, sekali gus menguatkan dakwaan ada majlis besar yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Sebelum ini, sebuah entri video menerusi akaun Instagram @lofa.page memaparkan PU Riz di sebuah kedai sambil membelek sampin songket tular. Bagaimanapun, video berkenaan dipadam selepas beberapa jam dimuat naik, kelmarin.

 

Rakan baik Neelofa sedang bersiap dengan berpakaian rona merah di kediaman selebriti popular itu, semalam. - Foto IG Shameela Seddek
Rakan baik Neelofa sedang bersiap dengan berpakaian rona merah di kediaman selebriti popular itu, semalam. – Foto IG Shameela Seddek

 

Video itu menyusul selepas kelihatan Neelofa di sebuah butik baju dimuat naik dalam akaun sama.

Sementara itu, tinjauan menerusi IG PU Riz pula mendapati, bekas pelakon itu masih belum membuat sebarang komen berhubung gosip perkahwinan, biarpun dihujani pelbagai ucapan tahniah dan doa.

Terdahulu, hubungan cinta antara Neelofa dan PU RIz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga PU Riz.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekali gus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

 

Sumber Bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*