(Video) Tengah ‘Menyedap’ Tapi Kantoi Dengan Polis, Pemandu Ini Heret Polis Demi Selamatkan Diri

Sejak semalam tular video di media sosial yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Mirza Amirin yang sempat merakam kekecohan berlaku di tempat letak kereta berhadapan McDonald’s Bandar Baru Bangi, Selangor.

Difahamkan, pihak polis dalam cubaan untuk menahan sepasang kekasih yang didakwa sedang berjimak di dalam kereta.

Memetik portal The Vocket, pihak polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan mendapati sebuah Perodua Alza berwarna biru dipercayai terparkir dalam keadaan yang mencurigakan.

Apabila diperiksa secara dekat, polis mendapati sepasang kekasih dipercayai dalam lingkusan usia remaja sedang berjimak dalam kereta tersebut.

Selepas kantoi, pihak polis cuba untuk menahan pasangan tersebut, namun pemandu Alza berkenaan terlebih dahulu menghidupkan enjin kereta untuk melarikan diri.

Mirza yang dihubungi The Vocket berkata berlaku kekecohan apabila pasangan berkenaan cuba melarikan diri.

Lebih bimbang apabila seorang anggota polis tersangkut di bonet hadapan ketika itu ketika cuba menghalang pasangan itu meloloskan diri

Bagaimanapun, pasangan tersebut berjaya melarikan diri dan anggota polis tersebut dilaporkan selamat turun dari kereta selepas pemandu Alza berkenaan berhenti di satu persimpangan.

Difahamkan, pihak polis berjaya mengesan alamat pemandu tersebut dipercayai berasal dari Semenyih berdasarkan nombor pendaftaran kereta terbabit.

SUMBER: The Vocket

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*