(Video) Viral Aksi Lelaki Menari Setiap Kali Balik Kerja, Niat Nak Buat Isteri Di Rumah Gembira

Bagi yang bekerja, momen yang paling dinantikan pastinya ketika sudah habis waktu kerja dan boleh pulang ke rumah.

Saat ini, segala penat lelah pastinya akan terpancar di wajah, terkadang nak senyum pun susah. Hanya terbayang untuk baring dan tidur ketika sampai ke rumah.

Namun, itu bagi yang bujang la, bagi yang sudah mempunyai suami isteri, ini mungkin reaksi para suami isteri ketika pulang ke rumah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Haissazc S. Hisham di Twitter, ia memperlihatkannya sering menari ketika pulang ke rumah.

Berniat ingin menghiburkan isterinya, video kompilasi itu mendapat perhatian ramai kerana dilihat tidak terpancar langsung keletihan pada wajah Haissazc, sebaliknya reaksi girang yang melucukan.

Mungkin ia kelihatan biasa, namun ia sebenarnya  yang boleh mengeratkan hubungan di antara suami isteri.

Janganlah masam je selalu muka bila balik rumah, nanti isteri dengan anak-anak nak tegur pun takut.

Sumber :Siakap keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*