(Video) Viral pelukan sebelum dibedah untuk derma buah pinggang pada suami undang sebak Netizen, Raih jutaan tontonan

Istilah sehidup semati bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi perlu ditunjukkan sekiranya pasangan dicintai berada dalam kesusahan termasuk perkara yang melibatkan nyawa.

Begitulah dilalui pasangan di Indonesia ini apabila si isteri sanggup mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada suami tersayang, demi melihat lelaki tersebut sembuh seperti sedia kala.

 

Kisah bermula apabila seorang pengguna aplikasi TikTok @yunitarusdan berkongsi sebuah video mengenai pengorbanan ibu saudaranya yang setia berada di sisi suami bagi menjalani pemindahan buah pinggang.

“Berapa tahap cinta korang? Kalau makcikku tahap cinta dia sudah sampai berani mendermakan sebelah ginjalnya untuk suami,” tulis Yunita.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan pasangan tersebut berada di dalam wad hospital, saling memberi semangat antara satu sama lain dengan memberi pelukan penuh erat.

Selepas itu, kelihatan kedua-duanya terbaring di atas katil selepas selesai melakukan pembedahan yang berjalan dengan lancar. Syukurlah!

Kebanyakan netizen terharu melihat momen ‘berkongsi nyawa’ itu yang dianggap ibarat cinta sejati dimana hanya maut yang akan memisahkan pasangan tersebut

Alhamdulillah, tiada lagi derita menghadapi kegagalan buah pinggang. Moga cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jangan lupa hargai pengorbanan isteri!

Sumber: TikTok @yunitarusdan

Kredit: Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*