[Video]Azhar Sulaiman minta anak kecilkan payu.dara, selesai buat lap0ran p0lis

Gara-gara anak gadisnya Kasih Iris Leona dikatakan berpakaian mencolok mata, pelakon Azhar Sulaiman turut terkena tempias apabila terdapat segelintir netizen menuduh dia tidak pandai mendidik keluarga.

Menerusi beberapa posting di laman Facebook, pelakon drama Keluarga Iskandar tersebut bingung memikirkan anak bongsunya itu apabila sering dikecam warganet di media sosial.

Lepas satu, satu lagi isu

“Hari tu isu tak boleh cakap Melayu dan asyik cakap bahasa Inggeris. Pastu sibuk belajar cakap loghat Kelantan. Sekarang pasal pakaian seksi pulak.
“Leona, cari klinik untuk kecilkan payu.dara . Ayah akan bayar semuanya. Bila kopek kecik, mesti tak boleh pakai baju-baju s3ksi lagi,” tulisnya.

Sementara itu, pada posting terbaru, Azhar dilihat berada di Balai Polis Jalan Tun Razak dipercayai berkaitan dengan isu tersebut. Namun dia tidak berkongsi lebih lanjut mengenai laporan berkenaan.

Buat lap0ran p0lis kejap

Menerusi sebuah video pula, pelakon berusia 50 tahun itu menegaskan bahawa setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang baik dan mendengar kata namun agak sukar kerana mereka sering mengikut ‘kepala’ sendiri.

“Kalau anak awak tu berperangai baik, pakai tudung, ikut cakap orang tua, alhamdulillah. Kami pun mahu anak macam awak tu.

“Tapi anak tu manusia jugak, ada kepalanya tak nak ikut. Jadi saya nak buat macam mana?,” katanya.

Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Leona yang berusia 19 tahun memuat naik gambar di laman Twitter memaparkan warna rambut barunya sebelum dinasihati warganet agar jangan berpenampilan terlalu seksi.

Sumber: Facebook Azhar Sulaiman , Twitter @kasihirisleona

via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*