VIRAL‘Ludah’ botol minuman berwajah Lisa BLACKPINK, lelaki buat netizen mengamuk!

Seorang lelaki bertindak ‘meludah’ pada sebotol minuman berkarbonat yang terpampang wajah anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa Manoban di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman ramai di laman Twitter.

Video lelaki tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya sebelum dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter, @darryiskandar sehingga menerima ratusan komen netizen.

Suka hati je meludah!

“Ludah2 macam tu eee kau tak fikir ke orang lain nak beli air tu tetiba ada ludah kau,” tulis @darryiskandar yang bengang dengan tindakan lelaki tersebut.

Menerusi rakaman 10 saat itu, lelaki berkenaan dipercayai memerli artis antarabangsa itu yang dianggap sebagai ‘plastik’.

“Tau air apa ni? Ni lah air plastik,” katanya sebelum ‘meludah’ dan meletak semula botol minuman itu di dalam peti simpanan.

Berikutan tindakan tidak bermoral itu, rata-rata netizen menegaskan bahawa lelaki terbabit perlu diambil tindakan selain sengaja membawa kegusaran awam berikutan penularan COVID-19.

Takde pasal, cari pasal. Tolong guna akal sebaiknya sebelum buat perkara yang mengundang kemarahan orang lain, jangan hanya fikir mahu popular semata-mata!

Sumber: Twitter @darryiskandar