Heb0h wanita ini dikata kahwin cepat sebab suami ‘poket tebal’, agak-agak wang hantaran berapa angka?

KALAU sudah jodoh, tak akan ke mana, begitulah pepatah yang sesuai buat satu pasangan yang tular di media sosial.

Seorang wanita pada mulanya tidak pernah mengimpikan perkenalannya dengan seorang lelaki berakhir ke jenjang pelamin sebagai suami isteri.

“I kenal my husband tiga bulan terus dia datang merisik dan beberapa bulan kemudian kami nikah.

“Betullah orang cakap, apabila tiba masanya pada masa yang tepat, semuanya dipermudahkan,” tulisnya di laman Twitter.

Perkongsian Yusra menjadi perhatian.

Wanita bertuah itu, Yusra Yusof berkata, dia mendirikan rumah tangga pada 6 Mac bersama jejaka pilihan yang merupakan seniornya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.

Dia bagaimanapun memberitahu, mereka tidak pernah berjumpa atau mengenali secara dekat sepanjang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah selama kira-kira tiga tahun sehingga 2016.

“Kami kemudian mengikuti akaun Instagram masing-masing tapi masih tidak kenal secara peribadi, apatah lagi berjumpa. Kami mula mengenali dan berbalas mesej semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang pertama, tahun lalu.

“Dalam bulan pertama berkenalan, dia (kini suami) ajak saya untuk berjumpa sebelum kami mengenali hati budi masing-masing,” kata wanita berusia 29 tahun itu kepada mStar.

Yusra (kanan) dan suami berkenalan selepas tamat pengajian di UiTM.

Yusra yang bertugas sebagai perancang bandar berkata, apabila perkenalan mereka memasuki bulan ketiga pada Ogos lalu, suaminya berhasrat untuk bertemu dengan keluarganya.

“Satu hari dia nak cakap nak jumpa keluarga saya. Tapi daripada jumpa saja, Iebih balk terus hantar cincin untuk merisik kata keluarganya.

“Saya kemudian bincang dengan keluarga saya. Pada mulanya keluarga terkejut sebab tak tahu apa-apa, namun mereka kemudian terima dengan hati yang terbuka.

“Saya sendiri tak jangka rombongan merisik sebab kami tak pernah bincang pasal kahwin. Tapi dia ada kata kalau dia sudah bersedia untuk kahwin, dia beritahu dan itulah rombongannya,” ujarnya berasal dari Temerloh, Pahang.

Ketika rombongan pihak lelaki datang merisik.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dirinya bersedia memandangkan suaminya berpewatakan bijak, matang, bertanggungjawab dan ada kalanya romantik.

“Sepanjang perkenalan kami sebelum merisik dan perhubungan kami sehingga bernikah, syukur alhamdulillah tak ada sebarang masalah. Segala urusan dipermudahkan.

“Ada yang kata terlalu singkat perkenalan kami untuk fikir pasal kahwin. In’ bukan pasal kejap atau lama, tapi kami berdua sudah bersedia untuk kahwin,” katanya sambil menambah suaminya berusia 30 tahun.

Majlis persandingan pada awal Mac.

Yusra berkata, kisah perkahwinannya yang tular itu turut dihujani kritikan dan kecaman netizen di media sosial, antaranya suaminya dikatakan orang kaya.

“Ada yang kata dapat laki poket tebal bolehlah kahwin cepat. Suami saya bukan daripada keluarga berada, dia sendiri bekerja pegawai kanan di sektor awam, dia bukan orang kaya.

“Ada yang kata bolehlah kahwin cepat sebab pihak perempuan letak wang hantaran sikit saja. Sebenarnya wang hantaran adalah lima angka, tapi isunya bukan dari segi nilai atau kos.

“Kami bernikah di pejabat agama saja. Majlis sanding dilakukan secara sederhana hanya untuk keluarga dan rakan terdekat, jadi tempoh Iebih enam bulan dapatlah kami buat simpanan sedikit demi sedikit. Apa yang penting kami sudah bersedia,” katanya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*