Rumah Diserbu, Sajat Gagal Ditemui Dan Instagram pun lesap

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 dimaklumkan masih belum ditahan apabila usaha pihak berkuasa menyerbu kediamannya jam 9 di Seksyen 9, Kota Damansara malam tadi tidak menemui usahawan kosmetik tersebut.

Sajat tiada di rumah

Menerusi laporan daripada Kosmo! pihak berkuasa memaklumkan ketika serbuan hanya ada beberapa individu termasuk bapanya Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya.

“Ketika serbuan, hanya terdapat beberapa individu termasuk bapanya, Kamaruz Zaman Harun, 68, pembantu rumah dan dua kanak-kanak disyaki anak angkatnya dalam kediaman berkenaan.”

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan di seluruh kediaman itu bagaimanapun Nur Sajat gagal dijumpai,” ujarnya kepada Kosmo

 

 

Sebelum ini, Sajat ada memuat naik satu IG story seakan memerli Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila masih tiada sesiapa yang mengetuk pintu rumah untuk menahannya.

Pihak JAIS difahamkan sedang memburu Sajat berikutan tindakkannya yang tidak hadir semasa perbicaraan pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.

Mahkamah Syariah juga telah mengeluarkan waran tangkap kepadanya sejak Selasa lalu.

Instagram pun lesap

Dalam pada itu, usahawan kontroversi berkenaan juga turut menyahaktif akaun Instagramnya selepas tidak dapat diakses lagi di laman sosial tersebut.

Sumber: Kosmo! (Nor Azihan binti MD. Ghazali

 

Artikel Sebelum ini :

“Ye ke? Tak tekan loceng rumah pun..” – Sajat kekal tenang, aktif di Instagram

 

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kekal tenang dengan berkongsi pelbagai posting baru di Instagram meskipun dirinya dicari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak dua hari lalu.

Malah, dalam satu posting di laman Instagram hari ini, Sajat dilihat giat mempromosi produk kecantikan di sebuah salon milik kenalannya yang terletak di Damansara.

“Sajat sekarang berada di salon”

 

Bukan itu sahaja, usahawan berusia 36 tahun itu dengan berani memuat naik InstaStory seakan-akan memerli pihak berkuasa yang dikhabarkan sedang memburu dirinya.

“Sila sambung, polis n 3, one to jaga,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen salah sebuah posting, seorang pengikutnya bertanya mengenai tempat dia bersembunyi namun dia hanya membalas secara berseloroh.

Mana kau menyorok!

“Ya ke? Tak tekan loceng rumah pun. Kuat ‘propa’,” balas Sajat.

Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh JAIS memaklumkan mereka mengerahkan seramai 122 anggota untuk menangkap Sajat.

Bagaimanapun memetik laporan Sinar Harian pada hari ini, Pengarah JAIS iaitu Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memberi penjelasan bahawa bukan seramai 122 orang yang serbu dan tangkap Sajat dalam satu masa.

Sebaliknya, hanya sekitar empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan usahawan kosmetik itu dalam satu-satu masa.

“Jumlah penguat kuasa seramai 122 orang itu merupakan jumlah signifikan untuk mereka yang mempunyai kuasa menahan Sajat. 
“Bagaimanapun, hanya empat orang penguat kuasa JAIS diperlukan untuk menahan Nur Sajat jika beliau berada di dalam premis seperti rumah, hotel dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, anggota penguat kuasa JAIS akan ditempatkan di lokasi biasa Sajat sering berada dan boleh menahan usahawan itu tanpa menunjukkan waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan tersebut kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita dalam kejadian tiga tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian (Engku Shariful Azni), Instagram Sajat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*