Zizan Razak masih kena ‘bahan’ Jaga Jodoh Orang.

Setiap kali artis wanita melangsungkan pernikahan, ada sahaja warganet mempersoalkan mengenai jodoh pelakon dan pelawak popular Zizan Razak yang masih belum menemui cinta sejati.

Sekiranya diimbau kembali gosip-gosip perhubungan cinta Zizan sebelum ini, semua artis wanita yang pernah dikaitkan dengan dirinya telah berkahwin seperti Juliana Evans dan Emma Maembong.

Juliana Evans

Emma Maembong

Mira Filzah

Malah selepas aktres Mira Filzah, perkahwinan selebriti Neelofa turut dikaitkan apabila terdapat segelintir pengguna laman Twitter menyifatkan pelawak berusia 37 tahun itu sebagai ‘penjaga jodoh’ orang lain.

Sorang demi sorang kahwin

zizan ni macam jaga jodoh orang oo , aritu emma maembong , astu mira filzah , astu sekarang neelofa pulak HAHAHAHAHA gis respect zizan

Zizan bila lagi?

okay neelofa dah jumpa. Sekarang tinggal tunggu zizan lagie sbb zizan ni pun cam neelofa juga, sentiasa orang curious jodoh

Apa la perasaan dia kan…

Aq sorg jeke terfikir cenni?? Kalo dulu zizan dgn mira filzah..but now mira filzah dah kawin…astuhh zizan dgn neelofa..but now neelofa dah kawin…ape perasaan zizan

Namun begitu, terdapat juga individu yang bersimpati dengan nasib malang Zizan dan mendoakan agar pelawak tersebut akan bertemu jodoh dan teman sehidup semati satu hari nanti.

Kesian Zizan!

 

Nak tengok dia kahwin…

Rakyat M’sia dh boleh lega apabila Neelofa dh kahwin. Aq hrp lepas ni ada pula berita baru tentang Zizan. Aq nk tengok dia kahwin dgn cinta hati dia

Terdahulu menerusi laporan media tempatan, Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak mengakui kurang senang apabila netizen asyik mengungkit kisah cinta dan jodohnya.

Ini kerana dia tidaklah kecewa seperti yang disangka, sebaliknya menyerahkan soal jodoh dan ketentuan pada Allah SWT.

Sumber: Twitter/Ohmymedia

Artikel Sebelum ini

 

Alhamdulillah,Dengan sekali lafaz..Detik-Detik Manis Buat Hariz Dan Neelofa

 

Selepas hampir seminggu warganet ternanti-nanti berita pernikahan selebriti dan usahawan cantik, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan pendakwah muda, Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau PU Riz akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Neelofa yang masih mengekalkan niqabnya tetap kelihatan anggun dengan busana serba putih sedondon dengan PU Riz yang terlihat tenang sepanjang majlis pernikahan.

Akan nikah yang berlangsung kira-kira jam 11 pagi ini bertempat di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur bertemakan Jabal Rahmah dan para tetamu juga mengenakan pakaian serba putih bersesuaian dengan tema.

Neelofa telah dinikahkan sendiri oleh adiknya yang mewakili bapanya sebagai wali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin.

Pernikahan pasangan ini juga turut disaksikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang bertindak sebagai jurunikah.

Perkahwinan Neelofa dan Haris ini antara ‘wedding Of The Year’ buat golongan selebriti kerana menjadi salah satu majlis yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat mereka.

 

Sumber: lofa.page

ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*