Budak kecil 5 tahun yang pesan ibu jaga diri sebelum naik ambulans seorang diri akhirnya dapat kuarantin bersama bapanya

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan p0sitif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dij4ngkiti virus berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia.

“Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama.

Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana.

“Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’

“Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal.

Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi.

Terdahulu…

Budak 5 tahun positif Covid-19 pesan ibu jaga diri sebelum naik ambulans seorang diri buat ramai sebak

Umum sedia maklum kes positif Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini begitu membimbangkan. Kenaikkan jumlah kes positif telah mencecah angka lebih daripada 3,000 kes dalam masa sehari.

Ketika ini, semua golongan tidak kira muda atau pun tua, masing-masing mempunyai risiko yang sama besar dijangkiti wabak berbahaya ini.

Kanak2 positif Covid-19

Menerusi perkongsian di sosial media TV AlHijrah yang diperoleh daripada Ira Hazwani, satu video kanak-kanak berjalan seorang diri dijemput petugas kesihatan menaiki ambulans untuk ditempatkan ke pusat kuarantin Covid-19 telah menarik perhatian warganet.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Dia tak nangis, kita pulak yang sebak

Beraninya adik walau baru 5 tahun

Memang tak boleh tunggu

 

Sumber: hit media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*