Kerap ditanya p.unca p0sitif c0vid, akhirnya Emma Maembong tampil buka mulut

Pada 14 Januari 2021, pelakon Emma Maembong dan suaminya, Shazli mengumumkan mereka disahkan positif COV1D 19. Bayi mereka pula negatif dan diserahkan kepada kakak Emma untuk dijaga sementara waktu.

Pada 18 Januari 2021, Emma telah membuka ruang untuk para peminatnya bertanya soalan di Instagram story. Antara soalan yang diterima adalah mengenai punca Emma mendapat v1rus tersebut.

Soalan itu dijawab Emma dengan membuat video balasan.

Menurut Emma, beliau dan suami sudah menjaga garis panduan yang telah ditetapkan kerajaan, selain memakai pelitup muka serta menggunakan sanitizer.

Bagaimanapun mereka tetap dijangkiti, oleh itu Emma tidak tahu apa punca yang menyebabkan hal itu berlaku.

Selain itu, ditanya mengenai sebab Emma ingin melakukan sw4b test, beliau memberitahu ia kerana Shazli mempunyai simptom, yang seterusnya mendorong untuk mereka membuat tindakan tersebut.

Terdapat satu soalan tentang bagaimana bayi mereka negatif COVI1D-19, sedangkan Emma dan suami positif virus itu.

Katanya, beliau bersyukur akan perkara tersebut dan menganggap bayinya dijaga oleh Allah. Emma menambah, antara sebabnya juga adalah memberi susu bad4n kepada bayi, kerana ia mempunyai pelbagai vitamin yang bagus.

Berdasarkan video-video daripada Instagram story beliau, Emma masih menunjukkan kesihatan dirinya yang baik, Alhamdulillah. Semoga Emma dan suami akan sembuh secepatnya dan dapat bertemu bayi mereka semula tidak lama lagi.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Emma Maembong

1. Pemilik nama penuh Fatimah Rohani binti Ismail. Dikenali sebagai Emma Maembong. Nama panggilannya Timah dan Emma.

2. Lahir pada 27 Mac 1992 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kini berusia 27 tahun (2019).

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Berketinggian 1.55 meter.

5. Anak kepada pasangan Ismail Embong (bapa) dan Yatimah Zainab (ibu). Bapanya berbangsa Melayu, manakala ibunya berketurunan Scotland. Bagaimanapun pasangan ini sudahpun bercerai. Emma kini berada di bawah jagaan bapanya.

6. Anak kesembilan daripada sebelas beradik. Adiknya, Chacha Maembong dan kakaknya, Yaya Maembong juga bekerja sebagai pelakon. Antara adik-beradiknya yang lain ialah Shikin Maembong (kakak), Beby Maembong (kakak), Coddy Maembong (kakak), Effa Maembong (adik), Ahmad Maembong (abang), Bakri Maembong (abang) dan Bakti Maembong (abang).

7. Sebagaimana bapanya, Emma juga tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah hanya bersekolah hingga tingkatan dua. Menjawab kecaman netizen berhubung isu itu, Emma menjelaskan dia mempunyai seorang adik di rumah yang perlu dijaga kerana tidak mampu berjalan.

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

9. Merupakan pelakon dan model.

10. Pernah membintangi filem Werewolf Dari Bangladesh, Kimchi Untuk Awak dan Hantu Rumah Sakit Jiwa. Juga drama, antaranya Kau Yang Terindah, Projek Memikat Suami, Tersuka Tanpa Sengaja, Awak Suka Saya Tak dan My Coffee Prince. Termasuk telefilem Ciptaan Terindah, Hantu Selfie. Tangisan Kubur, Sesaat Bahagiaku dan banyak lagi.

11. Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Ratu Telenovela dan Pelakon Wanita Profilik di Anugerah Telenovela 2017, serta Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

12. Mempunyai bakat melukis sebagaimana bapanya yang juga seorang pelukis.

13. Mula tampil dengan imej berhijab sejak tahun 2014.

14. Pernah dikatakan bercinta dengan pelawak Zizan Razak pada sekitar 2011, namun ‘putus’ pada awal 2015 sebelum dilaporkan menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Kamal Adli. Namun pada 2017, Emma sekali lagi gagal dalam perhubungan itu dek kerana orang ketiga. Emma bagaimanapun meneruskan persahabatan dengan Kamal ketika aktor itu menjuarai pertandingan SuperSpontan Superstar, namun sejauh mana status hubungan mereka sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Sumber: tehtarik kaw | iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*