Shuk hamil kan saya dan memksa gvgurkan kandung4n..?

Pergolakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat apabila isterinya Rossalennah membuat dakwaan suaminya cur4ng. Menerusi beberapa muat naik di laman Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.

“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami tapi semakin lama diam dia orang semakin menyakitkan hati.

“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang.

“Dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak macam ni… aku dah cukup tabah, cukup sabar tapi kau tak pernah hargai. Kau tinggalkan aku dan anak-anak dekat rumah siang malam tunggu kau!” tulisnya.

Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya. Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana,” ujarnya.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

“Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?

“Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari… kau tipu aku… aku dah puas menangis.

Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau,” katanya.

MStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk yang juga penyampai radio Hot FM ini.Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan. – MSTAR

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ROSSA SHOP (@rossa.sera)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FOUNDER ROSSA SHOP (@rossa.sera)

PETALING JAYA – Pergolakan rumah tangga Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas isterinya mendedahkan kecurangan juruhebah Hot FM itu yang berkunjung di rumah wanita lain.

Pendedahan berani tersebut dikongsikan sendiri Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi Intagramnya. Dia mendedahkan Shuk masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama sebelum ini, Fara Salleh.

“Selama ni aku diam, sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami. Tapi semakin lama diam mereka semakin menyakitkan hati.

“Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” tulisnya.

Tambah Rossalennah, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana wanita berkenaan mendakwa Shuk tiada di situ.

Tindakan dia menerjah itu juga dirakam dan dikongsi Rossa dalam sebuah rakaman video yang memaparkan Fara memberitahu Shuk tiada di rumahnya dan meminta dia membawa pulang sepasang kasut lelaki yang dipercayai milik Shuk.

“Allah SWT itu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.

“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni dan terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya lagi.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

“Kau setiap hari balik menipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?.

“Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.

Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan bermain kayu tiga dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, pada waktu tersebut perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.

Malah, Shuk juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana berlaku curang serta mendapat kemaafan daripada isterinya tahun lalu.

Difahamkan, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas didakwa dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun. – K! ONLINE

Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?

Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gv gurkan Anak?Beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat dakwaan mengenai sikap buruk penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar yang dituduh bermain kayu tiga.Dakwa pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh.

Betina ni memang sondol laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana jantan yang solo baru mau up. Apa punya perangai,” dakwa akaun berkenaan.

Dakwa akaun berkenaan, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, skandal Shuk didakwa telah mencipta akaun palsu @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar.Dakwa @_sflia Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia menggugurkan kandungan.”Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain?

“Nak tengok bukti yang ada? Boleh je… Sampai paksa suami sumah cerai talak kalau bercontact lagi. Ingat tak tahu? Pura-puralah tak tahu Sera.”Kita tunggu di akhirat kelak. Segala apa yang keluarga kau dah buat pada aku. Suami kau sendiri bawa aku pergi gugurkan anak.”Masih nak menafikan walaupun sendiri meroyan dalam kereta tadi?” dakwa @_sflia yang turut kesal dengan perbuatannya menggugurkan anak dalam kandungannya.

Rossalennah turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan.Selain Shuk, Fara juga didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini.Gempak masih cuba menghubungi Shuk dan Rossalennah untuk kepastian lanjut. – GEMPAK

 

Sumber: apacerita tv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*