Komen nak bagi sokongan sekali

” Ya, benar saya telah berce-rai. Saya tiada niat pun hendak kecoh.”

Itu pengakuan pelakon kntroversi Zarina Anjoulie yang tiba-tiba mengesahkan sudah berce-rai dengan suaminya, Eilyas Azhar, hari ini yang hangat diperkatakan ramai.

Siapa sangka, Zarina dan suami hanya bertahan selama enam bulan melayari bahtera rumahtngga.

Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

” Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan.

” Jadi, saya rasa itu (berce-rai) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perce-raian tersebut.

Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perce-raian merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadap kerja, keluarga dan anak saya.

” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya.

Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah berce-rai dengan lelaki tersebut.

Reaksi warganet dan rakan artis termasuk Azza Elite

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan pengikut Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat kepadanya meskipun berasa kecewa dengan perce-raian itu.

Ini kerana ramai yang suka melihat hubungan Zarina dengan suaminya serta merasakan mereka pasangan yang saling melengkapi.

Selain netizen, rakan artis turut meninggalkan komen memberikan sokongan kepada Zarina, antaranya adalah penyanyi Azza Elite.

” Always untuk anjoue..” tulis Azza Elite

Reaksi Azza itu bagaimapun mendapat respon balas dari warganet lain yang seakan memperkecilkan sokongan Azza terhadap Zarina.

Ia mendorong Azza memberikan penjelasannya.

” Alhamdulillah Allah tau dik . Akak maafkan kamu. Aku tulis sebab Anjoue ni banyak tolong Aku .. takpe lah mungkin ko tak kenal aku .. tak mahu gado pun dengan ko . Tak dapat apa. So moh le kita asar.. Ayuh,” balas Azza.

Terdahulu, Zarina yang juga merupakan pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan percraian tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘berce-rai’ yang dikongsikannya pagi tadi.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi berce-rai pada Disember 2016.

Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

PELAKON Zarina Anjoulie mengakui perkahwinan yang dibina bersama Eilyas Azhar atau lebih mesra dipanggil Yas, Julai tahun lalu sudah berakhir.

Enggan mendedahkan punca sebenar penceraian mereka, pelakon itu bagaimanapun mengakui perkahwinan mereka berlaku terlalu cepat selepas mendapat tekanan daripada orang luar.

Terlalu Cepat Nak Kahwin

“Ok guys, secara jujur tak ada apa yang teruk terjadi pun. Sebab ramai yang tanya, tapi tentunya saya tak mahu aibkan bekas suami.

“Saya rasa, saya kahwin terlampau cepat, itu je. Sebab orang punya tekanan.

“Lain kali jangan kahwin disebabkan tekanan orang lain. Macam inilah kesilapan yang saya buat,” ujarnya menerusi Insta Story miliknya.

Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Zarina berkata, dia kini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan anak lelakinya.

Zarina juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadapnya.

“Saya rasa kami tidak sehaluan lagi. Jadi, ia adalah pilihan.

“Terima kasih sangat kepada semua orang yang mesej dan hubungi saya… terima kasih sebab ambil berat.

“Saya rasa sangat terharu, saya rasa ini yang terbaik untuk saya. Saya nak fokus kepada kerja dan keluarga serta anak lelaki saya,” jelasnya.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum itu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.

 

Sumber: k0smo dan IG Zarina

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*