Tahniah! artis Hetty Sarlene selamat lahirkan bayi lelaki, nama anak memang ‘rare’

Penyanyi Hetty Sarlene selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan di Singapura semalam. Berita gembira itu dikongsikan Hetty atau nama sebenarnya, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 37, menerusi satu hantaran di Instagram.

“28/01/21 – 3.25 petang. Bayi lelaki kami lahir ke dunia ini dengan berat 3.2 kilogram.

“Kami ingin memperkenalkan kepada anda, anak lelaki kacak kami, Landon Alexander Oakes,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Hetty turut berkongsi gambar wajah bayinya itu.

Katanya, segala kesakitan yang dialami sepanjang mengandungkan bayinya itu hilang selepas melihat kehadiran bayinya itu.

“Semua kes4kitan, malam tak cukup tidur, hampir 16 jam dalam dewan bersalin, 2 ke 3 minit k0ntraksi yang kuat, teran dan rasa loya cukup berbaloi!” katanya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan lelaki kelahiran London, Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Biodata Hetty Sarlene

Hetty Sarlene merupakan penyanyi yang mula meningkat naik di Malaysia pada tahun (1999) . Hetty Sarlene Mula dikenali setelah menyanyikan lagu Rindu Aku Rindu.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan biodata Hetty Sarlene . Biodata ini bertujuan untuk anda mengetahui dengan lebih dekat mengenai penyanyi ini.

  • NAMA PENUH : Hetty Sarlene Binti Abdul Hamid
  • NAMA PANGGILAN : Hetty Sarlene
  • UMUR : 34 tahun (2018)
  • ASAL : Singapura
  • FILEM/DRAMA : Evolusi KL Drift2, Ecolusi KL Drift, Iskandar
  • LAGU : Rindu Aku Rindu, Sangsi Asmara, Hasrat Terlindung, Demi Cinta Kita, Hampa, Gundah Merindu
  • INSTAGRAM : hettysarlene_oakes

Hetty Sarlene sah bergelar isteri Dani Aaqil

SINGAPURA: Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, sah menjadi isteri Aaqil, 32, jejaka pilihannya yang berasal dari London.

Majlis pernikahan pelakon drama Sembilu Kasih serta filem Sembilu 2005 dan Iskandar itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di sini pada jam 12.55 tengah hari tadi.

Hetty Sarlene yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita, kelihatan anggun mengenakan busana berona putih, manakala pasangannya segak memakai baju Melayu cekak musang warna sedondon.

Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.

Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500). Majlis pernikahan Hetty Sarlene dan Dani Aaqil berlangsung secara sederhana tetapi meriah.

“Kami hanya menjemput ahli keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang intim,” kata Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu.

Kemeriahan majlis pernikahan itu terserlah serta berseri dengan pemilihan konsep taman dan bunga, dan majlis resepsi serta persandingan turut diadakan di lokasi sama.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah dan Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini.

 

Sumber: Gempak | BH online | fiksyenshasha

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*