‘Baik tak ada kuarantin langsung’ – pakar

Dr Adeeba Kamarulzaman membantah cadangan Dr Adham Baba agar tempoh kuarantin selama tiga hari bagi menteri diperluas kepada ahli perniagaan atau orang awam.

Pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman membantah cadangan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba agar tempoh kuarantin selama tiga hari bagi menteri mungkin diperluas kepada ahli perniagaan atau orang awam di masa hadapan.

“Saya sama sekali tidak menganggap ini idea yang baik. Lebih baik tak ada kuarantin langsung,” kata Adeeba, yang merupakan anggota pasukan petugas pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Adham berkata penetapan kuarantin selama tiga hari, yang ketika ini hanya dikuatkuasa di kalangan menteri, mungkin akan diperluas bagi membuka sektor ekonomi.

Adeeba bagaimanapun berkata orang ramai memahami keperluan untuk membuka semula ekonomi tetapi perkara itu hanya boleh dicapai dengan menangani wabak tersebut terlebih dahulu.

 

Sumbar : Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*