Kementerian Kesihatan Cadang Teruskan Sekatan Rentas Negeri Dan Daerah

Kementerian Kesihatan mencadangkan larangan rentas negeri dan daerah dikekalkan susulan kejayaannya menurunkan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan Covid-19.

“Hari ini cuma 10 hari bulan, (perintah kawalan pergerakan) masih berbaki 18 hari.

“Kita mohon rentas negeri dan daerah dikekalkan macam sekarang.

“Keupayaan untuk kita landaikan keluk Covid-19 ini penting diteruskan,” katan Menteri Kesihatan Adham Baba dalam sidang media hari ini.

Semalam, tiada kes baru rentas negeri dilaporkan.

Sumbar : Malaysiakini

Sebelum itu pada januari 2021

Rentas negeri dibenar untuk kes tertentu

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pergerakan rentas negeri bagi kes tertentu di seluruh negara bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebagai contoh, bagi individu yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas tidak perlu membatalkan tiket itu, sebaliknya meneruskan perjalanan mereka.

“Setelah berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat kes tertentu boleh diberi kelonggaran. Mereka yang beli tiket penerbangan, bas ekspres boleh teruskan perjalanan, tidak perlu batalkan tiket.

“Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu, ada yang melawat keluarga sakit di hospital.