“Untung Dapat wife Baik & Cantik Macam Tu” Doa Netizen.Bella Astillah doakan Aliff Aziz jadi suami yang baik

Selepas melalui beberapa fasa kontroversi, hubungan pelakon Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz kini dilihat gembira dan bahagia dalam menjalani rumah tangga.

Semalam, menerusi akaun Instagram Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, dia ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran suaminya yang ke-30.

Tiada kata2 dapat diucapkan

 

Menerusi posting tersebut, aktres berusia 27 tahun

itu sempat menitipkan ucapan yang bermakna buat suami tercinta selain memakai pakaian berwarna sedondon sebagai tema pilihan mereka.

“Happy birthday b, semoga Allah SWT sentiasa memberkati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik…
“…suami yang baik, menantu yang baik, daddy yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Posting pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu dibanjiri komen netizen yang turut mengucapkan selamat hari lahir buat Aliff serta mendoakan agar hubungan yang terjalin kekal selamanya.

“Terima kasih, ‘love you’ sayang!”

Moga sentiasa bahagia bersama ‘family’

Untung dapat isteri yang baik dan pemaaf

Wah, meletop semua hadiahnya!

Wah makin bahagia pasangan selebriti ini. Alhamdulillah, semoga kekal hingga ke syurga dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Amin!

Sumber: Instagram Bella Astillah

via ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*